May 21, 2010

Sekolah-sekolah di Kluang Turut Merasai Bahang Lifeline 4 Gaza

Kongsi
KLUANG, JOHOR, 21 April – HALUAN Palestin terus menggiatkan kempen memberi kesedaran dan kutipan dana bagi projek Lifeline 4 Gaza dengan mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah di daerah Kluang. Tiga buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Arab Kluang, Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor dan Sekolah Menengah Sains Johor telah menjemput wakil-wakil HALUAN Palestin menyampaikan penerangan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar mereka.

Melalui ceramah-ceramah mereka, penceramah-penceramah HALUAN Johor yang terdiri daripada Dr Mohd Arba’ai bin Shawal dan Tn Hj Syed Helmi Al-Hadad telah cuba mengajak para guru dan pelajar untuk merasai kesempitan hidup masyarakt di Gaza yang dizalimi secara berterusan oleh rejim Zionis Israel dan sekutu-sekutunya.

Kehidupan harian di Gaza pada hari ini adalah semakin sukar dan menyedihkan. Bangunan-bangunan yang dahulunya merupakan rumah yang selesa untuk mereka diami kini telah hancur menyembah bumi. Setelah setahun peperangan Al-Furqan berlalu, mereka masih lagi hidup beratapkan kenves dan besi dan berlantaikan tanah dan pasir.

Kehidupan sangat sukar tanpa bekalan elektrik dan air yang sempurna, tanpa gas dan makanan yang mengcukupi. Siang berbekalkan panas matahari yang terik, malam dengan cahaya lilin dan rembulan, kesejukan sampai ketulang… tiada lagi air mata yang mampu mengalir. Sehari-harian mereka hanya melihat orang-orang Gaza yang senasib sahaja, dan hampir mustahil melihat orang-orang asing dari luar kerana sekeliling mereka adalah tembok konkrit yang tinggi hampir setinggi pokok kelapa. Itulah antara gambaran yang telah diberikan oleh penceramah-penceramah tersebut.

“Palestin adalah tanggung jawab seluruh umat Islam kerana di situlah berdirinya Masjid Al Aqsa dan Baitulmaqdis yang telah diwakafkan oleh Syaidina Umar RA kepada ummat Islam. Umat Islam wajib membebaskan Palestin sekiranya ia dijajah seperti pada hari ini. Ummat Islam zaman lampau telah mengorbankan jiwa, harta dan darah mereka untuk membebaskan Palestin, khasnya Baitulmaqdis, dari cengkaman musuh-musuhnya. Sultan Abdul Hamid ke-2 telah mengorbankan takhtanya semata-mata kerana tidak mahu menjualkannya kepada Zionis laknatullah”, terang Tuan Hj Syed Helmi Al-Haddad.



Beliau menambah, “Gaza merupakan pertahanan terakhir umat Islam didalam menghadapi penjajahan Zionis Israel laknatullah. Kekalahan Gaza akan membuka ruang kepada Israel untuk meneruskan cita-cita mereka meluaskan kekuasaan sehingga ke Mesir, Iraq di sempadan Sungai Furat dan utara Arab Saudi”.

Tuan Hj Syed Helmi Al-Haddad juga telah mengajak para pelajar sekolah tersebut untuk bersungguh menimba ilmu dalam rangka untuk menandingi penguasaan Yahudi di dalam semua bidang kehidupan pada hari ini. Beliau juga menyeru para pelajar untuk memberikan sumbangan yang semampu mungkin untuk menjayaka misi LifeLine 4 Gaza. Misi ini akan menghantar 8 buah kapal yang dipenuhi dengan berbagai barangan yang akan belayar dari Pelabuhan Mersin di Turki menuju terus ke Gaza melalui Laut Mediterranean.

sumber :HALUAN

Mahu menukar nama W15esa???..

Kongsi
Dalam menjelang peperiksaan beberapa hari lagi, saya masih sempat meluangkan sedikit masa untuk memberikan sedikit pandangan berkenaan persoalan yang dikemukakan oleh Aiman Zainudin untuk menukar nama “W15Esa”.. antara kenyataan Aiman adalah seperti berikut :
mari kita fikir balik sama ada perkataan W15Esa sesuai digunakan untuk melambangkan batch kita. Umum mengetahui perkataan tersebut melambangkan kekuasaan tertinggi. Akan tetapi kita juga beriktikad bahawa kekuasaan yang tertinggi hanya milik Allah. Secara realistiknya, apakah kekuasaan yang tertinggi yang mahu kita banggakan? Mungkin di sini, saya ingin syorkan perkataan ini ditukar dengan perkataan yang lebih sesuai dan membawa makna yang besar kepada batch kita.

Bagi persoalan ini saya merasakan beberapa perkara yang dirisaukan dan mahu ditekankan oleh Aiman :
1) Risau perkataan W15Esa itu boleh mencemarkan aqidah
2) Apa gunanya kita mengunakan makna W15Esa = kekuasaan tertinggi ?
3) Resolusi = tukar nama kepada yang lain

Saya bukanlah orang yang terbaik dalam menjawap persoalan ini, mungkin Radhi, Nazmi, Firdaus Md Nor, Amir Rahmat, Rahmah Borham, Yusof Mahmud, Yasmin Yatim dan lain-lain lebih layak, akan tetapi cukuplah ianya sebagai satu perkongsian dan buah pandangan dari salah seorang Ahli SMAKJ generasi ke 15,

Bagi menjawap persoalan ini, saya akan mengemukan jawapan mengikut point-point penting:

1) Bagi permasalahan pertama, makna kekuasaan tertinggi itu boleh digunakan selagimana kita tidak bermaksud ianya adalah kekuasaan yang melampaui kekuasaan milik Allah SWT, bahkan tidak ada seorang pon dikalangan kita yang beriktikad sedemikian.

Umum dikalangan kita merasakan bahawa makna kekuasaan tertinggi itu adalah KEKUASAAN UKHUWAH YANG TERTINGGI, walaupun kita berada diceruk dunia ,berbeza pendapat dan pandangan ,Jika pula antara kita ada yang bermasalah dan memerlukan pertolongan, maka kita akan memberikan bantuan atas dasar KITA MENGUASAI UKHUWAH dalam kadar yang tertinggi,...

Dalam surah Al-Hujurat ayat 13 Allah menyatakan :

13. Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, 

Dalam kitab tafsir “Aisarut tafasir” karangan al-imam kabir Abu bakar jabir Al-Jazairi menyatakan bahawa : “ berkenal-kenalan (ukhuwah) itu, menjadi sempurna setalah mana ia ditiupkan roh iman dan banyaknya perkenalannya( ukhuwah) ”

Kita juga mengetahui bahawa perkenalan dan pertemuan yang pernah kita jalinkan satu ketika dahulu merupakan sebuah perkenalan yang didasari oleh kekuatan dan penguasaan keatas mahabbah ukhuwah fillah yang tertinggi bagi mencapai gunung ketaqwaan disisi Allah SWT.

Begitu juga dalam hadis yang dikeluarkan oleh Imam Bukhori dan Muslim dalam sohih mereka berdua :

Tidak sempurna beriman seorang dikalangan kamu sehinggalah dia mencintai sahabatnya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri

Ini menunjukkan penguasaan ukhuwah yang tertinggi..
Oleh itu, Al-Quran dan hadis yang saya nyatakan ini menunjukkan bahawa, perkataan W15Esa yang kita gunakan selama ini tidak mencalarkan akidah kita, bahkan ianya memberi kekuatan kepada kita untuk terus berukhuwah.

2) Sepertimana yang telah dijelaskan sebelum ini, perkataan W15Esa itu digunakan sebagai medium kesatuan kita semua, kita semua merasakan ukhuwah adalah perkara tertinggi dalam komunikasi kita sesama sahabat.

3) Bagi menukar kepada nama lain tidaklah menjadi masalah jika ada nama baru yang mahu dicanangkan, namun pada pendapat saya, nama W15Esa yang kita gunakan sejak disekolah itu amat memberi kenangan dan makna perjuangan kepada kita.

Nama W15Esa itulah yang membuktikan ukhuwah kita di W15Esa, kerana ianya ditubuhkan di SMAKJ, sehingga kita menukilkannya di mana-mana sahaja.. ianya sebuah kenangan .. W15Esa adalah kenangan kita bersama, ...


Konklusinya, saya berpendapat, nama wisesa itu telah sebati dengan jiwa ukhuwah kita dan tidak perlu ditukar  lagi, jika ianya mahu ditukar maka hendaklah diberikan suatu nama yang boleh diterima oleh semua Ahli dan diberikan sebuah hujah yang kuat untuk nama tersebut,

.... nama hanyalah nama.. namun UKHUWAH yang diutamakan....

Tahniah!! kepada Aiman Zainudin kerana amat peka dengan Aqidah dan pegangan umat Islam, inilah antara contoh ikon  W15Esa yang kita inginkan,
W15Esa
Salam kasih, salam sayang, salam Ukhuwah dari sahabat anda dibumi anbiya`...
Asalamualaikum..

May 18, 2010

Ukhuwah , Mahabbah dan Dakwah

Kongsi
Asalamualaikum sahabat-sahabat sekalian,
korang masih ingat tak masa kita amik PMR n SPM, kita diantara form yang paling kuat ukhuwahnya, slalu sangat baca doa Rabithah.. kita saling hormat antara satu sama lain, menjaga dan backup antara member-member..

Korang masih ingat, masa kita kumpul satu malam, kita citer  masalah semua member2 kita n kita selesaikan... masa 2 kita form 4.. kita adalah satu kesatuan dan satu jiwa yang padu... jika ada yang terasa, pasti ada yang menolong untuk menyelesaikan masalah tersebut..

Masa faliq , namia n sapa ntah lagi kena tangkap kat dewan makan dengan cikgu MT, kawan2 skema ngan tak skema bangkit menolong.. sampai Yasmin kena toucher ngan guru2 di bilik displin... pas2 tambah lagi, ada cikgu masuk kelas n kata tak nak ngajar sebab tengok muka yasmin n budin..
Budin sendiri kena panggil dengan cikgu nora kat bilik guru sains, n cikgu nora kata.. “ saya kecewa dengan awak..”

Bila seseorang kena tangkap atas satu kes, semua mengaku salah... sebab Ukhuwah..

Kita mempertahankan ukhuwah dalam keadaan benar dan tak benar masa skolah dulu...

Dulu, Nazmi selalu ulang2...
“ kita seumpama 5 jari, ada jari kecik , ada jari besar, tetapi, setiap jari ada kelebihan dan peranan masing-masing, macam 2 jugalah kita... setiap diri kita ada kelebihan dan peranan masing-masing, jika hilang satu jari, maka akan cacatlah seluruh perbuatan”

Korang boleh fikir tak naper kita bleh ada ukhuwah kuat macam 2? Sebabnya kita telah berjaya mengikat ukhuwah dengan mahabbah ( kasih sayang dan kecintaan ) masa sekolah dahulu...

Dalam Al-quran, Allah sebutkan :
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).
Kita semua telah sampai ketahap Ukhuwah dan mahabbah.. tapi bagaimana pula keadaan dakwah??
Dakwah itu ditanggung atas tulang belakang kita, bukan status yang memainkan peranan dalam dakwah, bukan ilmu juga yang menjadi faktor berdakwah.. tetapi , dakwah itu wajib kepada diri kita..

Dakwah itu senang sangat kalau nak cerita... mulakan dengan diri sendiri kemudian kepada orang lain.. mulakan sikit2.. dan bukan menunggu diri betul2 perfect baru nak mulakan dakwah kat owg lain...
Apa maksud yang nak disampaikan? Kita adalah sebuah kekuatan... semua kita tahu, kita akan kembali kepada Dia pada bila-bila masa dan keadaan....

Ukhuwah menimbulkan kasih sayang, kasih sayang menimbulkan dakwah.. dakwah bermatlamatkan Syurga.. dan syurga tempat kita mencambahkan lagi kasih sayang dan kecintaan itu...

Dan dakwah itu sendiri tidak pernah memutuskan ikatan persaudaraan manusia, walaupun seorang muslim yang mempunyai ibu yang kafir... apatah lagi kita yang dah kenal sangat ngan buruk baik kawan kita... kita semaikan dakwah dalam ukhuwah...mungkin kawan-kawan kita tersalah dalam memilih jalan, itu bukanlah kerana kerelaan diri mereka,.. mereka terpedaya kerana tidak kita yang memandu mereka..

Ingatlah sahabat2 sekelian..
“pandu kereta tidak boleh gopoh, kalau gopoh, mudah excident”

Seorang pujangga pernah berkata
“ jagalah diri kamu ketika berukhuwah.. janganlah kamu cepat mengambil hati antara satu sama lain, janganlah terlalu cepat menghukum antara kamu.. kerana kamu seumpama jiwa yang perlukan nafas, jika nafas itu terhenti.. maka terhentilah nyawa... ”

Jiwa yang dimaksudkan adalah diri kita, dan nyawa itu adalah ukhuwah...
Salam kasih, salam sayang, salam ukhuwah...



DOA RABITHAH
Ya Allah Kau mengetahui bahawa hati-hati ini berkumpul kerana kecintaan padamu,
Dan patuh segala perintahmu,
bersatu dalam dakwahmu,
maka kau kuatkan lah ikatannya, 
dan tunjukilah kejalan yang benar ,

Ya Allah pnuhkan lah hati2 ini dengan cahaya mu yang tak pernah malap,
dan terangilah dada2 kami dengan keteguhan Iman kpadaMu, 
dan hanya kepada engkaulah kami bertawakkal, 
hidupkan kami dengan makrifat mu, 
dan matikanlah kami dengan kalimah Syahadah kepadaMu...

May 15, 2010

Sehijau Warna Daun dan Hari Guru

Kongsi
Korang masih ingat tak, masa Form1` kita ada belajar cerpen “Hadiah Hari Guru”, kalau kelas 1 Arabi cikgu NurHuda yang ajar.. hehehehe comel cikgu 2, dah berapa owg anak agaknya dia ada skunk yerk.. so, kat sini, kita imbau balik kenangan zaman sekolah  dulu dengan membaca semula cerpen Hadiah Hari Guru tersebut, tapi amatlah dikesali kerana tidak semua dari cerita tersebut yang dapat disiarkan sebab kekurangan rujukan.. hehehehhe enjoy!


Ramli seorang saja yang duduk di mejanya di belakang darjah itu. Dia mengeluarkan sehelai kertas dan melukis sesuatu, sementara rakan-rakannya selesai menyampaikan ucapan dan hadiah masing-masing.
Seorang rakan sedarjahnya yang paling nakal datang menghampirinya setelah menyerahkan sebungkus hadiah yang besar kepada Cikgu Fatimah. “Apa yang kau lukis itu, Ramli?” tanyanya.
“Tak ada apa-apa. Saja-saja melukis,”jawabnya.
“Eh kawan-kawan tengok lukisan ini...! Ramli lukis bukit dan pokok. Tengok ada Sang Kancil sedang makan pucuk-pucuk kayu tu...,” jerit murid tersebut setelah menyentak kertas di atas meja Ramli.
Rakan-rakannya berkerumun melihat lukisannya.
“Heee! Apa yang dilihat tu?” tanya Cikgu Fatimah.
“ Sazali beri balik kertas itu pada Ramli,” suruh Cikgu Fatimah.
“Nah! Ambillah sayang, intan payung, manja Cikgu Fatimah,” Ejek Sazali sambil melayangkan kertas itu kepada Ramli.
“Sazali tak baik kata macam tu pada Ramli. Tak ada anak emas, anak perak, anak tembaga dalam kelas ini. Semua murid-murid cikgu sama saja. Kalau baik cikgu sayang, kalau jahat cikgu marah, supaya jadi baik. Faham?” Herdik Cikgu Fatimah.
“ Faham cikgu,” jawab Sazali sambil menjuihkan mulutnya ke arah Ramli.
Ramli diam membisu.

#########

Ramli melihat susuk tubuh ibunya penuh penderitaan, akan tetapi wajahnya amat manis, dengan senyuman terukir di bibirnya. Betapa ibunya berusaha benar menyembunyikan penderitaan itu di sebalik senyumannya. Dia tahu bahawa ibunya bertanggungjawab terhadap dirinya dana adik-adiknya juga.
Dia meletakkan kasutnya dengan baik di atas tempat letak kasut yang diperbuat daripada tong. Tempat itu dibuat oleh ibunya sendiri. Kasut adik-adik dan ibunya teratur rapi. Ternyata ibunya amat mementingkan kebersihan dan kesempurnaan.
Bajunya ke sekolah, meskipun bertampung akan tetapi sentiasa bersih. Ibunya tidak sanggup melihat dia memakai pakaian yang kotor ke sekolah.
Begitu juga setiap peralatan di rumahnya tersusun rapi. Halaman rumahnya bersih. Rumput tidak berpeluang menghulurkan pucuknya. Ibunya seing meminta dia
menolong membersihkan rumput-rumput itu. Bersama adiknya dia tolong membersihkannya.
Kebiasaannya itulah membendung diri dan adik-adiknya menjaga kebersihan pakaian dan rumahtangganya.
“Emak! Esok Hari Guru di sekolah Ramli. Ramli ingin hadiahkan sesuatu kepada Cikgu Fatimah, mak. Dia baik kat Ramli.” Harapan itu disampaikan kepada ibunya ketika dia sedang makan bersama ibu dan adik-adiknya.
Ibunya mengangguk-angguk. Akan tetapi tergambar kemuraman di wajahnya. Nasiyang disuapnya dikunyah perlahan-lahan. Dia tahu ibunya sedang memikirkan harapannya itu.
“Ramai kawan-kawan Ramli bercakap-cakap di sekolah tadi. Mereka nak hadiahkan jam tangan. Ramli nak hadiahkan apa, mak? tanya anak itu lagi.
Mak Sopiah menuangkan air ke dalam pinggannya sambil membersihkan tangannya. Wajahnya menunduk keharuan. Air matanya bergenang di pelupuk matanya. Dia mengesat air mata itu dengan lengan bajunya.
“Eh! Mak dah sudah makan? Sikit sangat mak makan hari ini,” tegur Ramli.
“Kau makanlah. Mak dah kenyang,” ujar Mak Sopiah lagi.
Ramli tahu emaknya tidak kenyang, akan tetapi terharu kerana tidak dapat memberikan apa-apa hadiah untuk gurunya.
“Tak apa mak, kalau mak tak boleh bagi hadiah pada Cikgu Ramli tu. Cikgu Fatimah dah pesan beberapa kali kepada kami jangan susah-susahkan ibu bapa memberi hadiah padanya,” jelas Ramli dengan harapan menenangkan perasaan ibunya.
Mak Sopiah tersenyum. Dia bangun sambil membawa pinggannya ke pelantar untuk dibersihkan. “Bila kau dah selesai makan, tolong bawa pinggan-pinggan tu ke pelantar,” pinta ibunya.
“Baik, mak,” katanya.
#########################

Selesai menerima hadiah-hadiah, Cikgu Fatimah mengucapkan terima kasih kepada murid-muridnya. Apabila loceng berbunyi pagi itu semua murid dan guru turun ke padang untuk turut serta dalam sukaneka. Selepas itu persembahan pentas pula diadakan sebagai tanda kemesraan antara guru-guru dengan murid-murid sempena Hari Guru pada hari tersebut.
Cikgu Fatimah amat riang kerana antara guru-guru sekolah itu, dialah yang paling banyak menerima hadiah daripada muridnya.
Mereka sama-sama membuka hadiah masing-masing di dalam bilik guru. Satu demi satu hadiah dibuka oleh mereka. Bermacam-macam hadiah yang mereka dapat. Kebanyakannya dibeli di supermarket atau di kedai-kedai.
Sekali-sekala, Cikgu Harun yang pandai berjenaka menjerit apabila dia mendapat hadiah sehelai tuala kecil. Dia segera mengesat peluh dengan tuala tersebut. Ada guru yang mendapat hadiah baju, stoking, kasut, lampu meja, jam tangan, dan tidak kurang pula yang paling lucu ada antara mereka yang mendapat hadiah tisu dan botol susu yang berbungkus besar tanpa bertulis nama pada hadiah tersebut.
##############
Tiba-tiba berjurai air mata mengalir keluar mengaliri pipi Cikgu Fatimah sebaik sahaja habis membaca surat tersebut. Cikgu Faridah dan Cikgu Noriah turut terharu ketika sama-sama membacanya. Cikgu Fatimah menundukkan mukanya ke meja dan menangis teresak-esak.

“Eh! Tadi Cikgu Darus ketawa. Tiba-tiba Cikgu Fatimah menangis pula. Ada apa ni, mari saya baca,” minta Cikgu Harun. Dia kehairanan melihat keadaan tersebut.

Cikgu Harun selesai membaca. Dia merenungi hadiah tersebut. “Benar! Inilah hadiah yang paling murni. Hadiah yang ikhlas dan jujur. Lebih baik dari hadiah-hadiah yang mahal-mahal tu jika untuk bermuka-muka,” katanya, turut terharu apabila melihat hadiah tersebut.

Cikgu Abdullah juga turut terharu apabila membaca surat itu. “Cikgu Fatimah,” kata Guru Besar, “terimalah hadiah yang ikhlas dan jujur daripada murid cikgu tu. Saya rasa kita patut membantunya.”

“Ramli tu murid yang baik, cikgu. Saya pernah melawat rumahnya. Dia memang miskin, tetapi ibunya sangat bertanggungjawab. Pakaian sekolahnya sentiasa bersih. Ramli tu, faham pula dengan keadaan hidupnya,” terang Cikgu Fatimah sambil tersedu-sedu.

“Oh! Kalau begitu dia patut mendapat bantuan dari sekolah kita,” tegas Cikgu Abdullah.

“Saya ingin jadikan dia anak angkat saya, cikgu,” Cikgu Fatimah meluahkan hasratnya pula.

“Hm! Memang baik begitu. Sempena Hari Guru kita pada tahun ini sepatutnya ada sesuatu kebaikan yang dapat kita lakukan. Saya berharap cikgu-cikgu yang lain juga dapat lakukan sesuatu kepada murid-murid lain yang susah seperti murid Cikgu Fatimah tu,” syor Cikgu Abdullah kepada guru-guru sekolahnya.

“Insya-Allah,cikgu. Kami juga akan menuruti jejak Cikgu Fatimah,” ujar Cikgu Harun.

Guru-guru yang lain mengangguk-angguk.

“Cikgu Fatimah, maafkan saya kerana menyinggung perasaan cikgu tadi,” kata Cikgu Darus. Cikgu Fatimah tersenyum. Mereka bersalam-salaman.


tamat!

Selamat Hari Gurubuat semua Guru-Guru Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor dan semua bakal-bakal guru dari kalangan WISESArian..

May 14, 2010

Reunion Pary??

Kongsi
13 May 2010, semalam azam ada kata nak buat Reunion Party, dia nak buat seiring dengan Bisness party dia, alang-alang nak buat party, dia jemput semua WISESArian untuk bersama-sama joint party tersebut, dibawah ni antara kenyataan Azam :

SaLAM SEMUA!!,
LIFE IS UNIQUE DONT WASTE IT!.
FOR THE FIRST TIME, I WOULD LIKE TO INVITE ANYBODY WHO INTERESTED COME TO MY PARTY.2 IN 1. "YOUTH BIZ PARTY AND "REUNION SMAKJ  n SMAS".ITS OPEN TO ANYBODY.BUT PLACE ARE LIMITED.FIRST COME FIRST SERVE.

Vanue :    MALAYSIAN PETROLEUM CLUB (mpc) KLCC LEVEL 42.TOWER 2.
Date:        22/05/010...
Time:        8.00p.m
Fee :        rm35 per person.

Its interesting,knowledgable n memorable.exclusive n beautiful place.many game n photoshoot . Meet vips from many sector.
Can bring partner n friend.
Call / sms for inquiry n reservation : 0197769944:

so, sapa yang nak gi, bleh la contect azam, n teramatlah digalakkan untuk mengambil gambar sebanyak-banyak yang mungkin.. pas2.. paham2 sendiri upload di FB kita..
okey, it`s all for today.. tq
may Allah bless all of you.. Asalamualaikum.

Ukhuwah Fillah

Kongsi
Asalamualaikum sahabat-sahabat sekalian, apa khabar korang sekarang ni??? Setelah lebih kurang 4 tahun kita meninggalkan SMAKJ, baru kini kita mempunyai Blog sendiri. Blog yang tercipta ini bukanlah blog milik perseorangan, bahkan ianya merupakan sebuah blog milik kita semua para WISESArian, segala e-mail, Twitter, Facebook dan selainnya merupakan atas nama kita ( Smakj15 ).. 
Ukhuwah yang pernah terbina dahulu merupakan sebuah ukhuwah yang berpanjangan sehingga kini, oleh itu, janganlah ada yang terasa diri mereka bukan WISESArian walaupun hanya sempat bersama selama setahun mahupun beberapa tahun..
Kita adalah seumpama sebuah ikatan besi yang kukuh , tidak bisa putus dek kerana angin yang meniup masa...
Dulu, kita hanya budak  yang  tahu mengikut tanpa tahu berfikir,
Dulu, kita hanya budak yang  tahu menukil cinta monyet dari koyakan buku sekolah,
Dulu, kita hanya budak yang  selalu ditangkap cikgu MT dek kerana fly,
Dulu, kita hanya budak  yang  tidur bila mendengar deruman enjin Ustaz Fuad,

........
Kini, kita semua dah mengikut arah masing-masing, ada yang melanjutkan pelajaran ada juga yang tidak, ada yang sudah berkahwin , ada juga yang masih kapel dengan member kelas..
Walaupun begitu banyak perubahan yang dialami oleh kita semua, Ikatan Ukhuwah kita tidak pernah telerai kerana.............. kitalah WISESArian.. ( Puncak kekuatan Ukhuwah Tertinggi ).
Blog yang tercipta ini adalah milik kita, maka kita jugalah yang menjadi Adminnya, oleh itu, blog ini akan memaparkan Update terkini member-member yang jauh diperantauan dan juga yang berjuang di bumi Malaysia...
Ukhuwah Fillah!!..