June 26, 2010

Selamat Hari Jadi Chekgu Leman!

Kongsi

Asalamualaikum kawan2,

Hari ni 24 jun 2010, hari ni jugaklah kali pertama ramai dikalangan kita baru mengetahui hari kelahiran Cikgu Sulaiman Ahiya yang ke 60 kot.. hehehehe ( beliau lahir tahun 1950 )`, cikgu kita kat SMAKJ dulu..

 29410_121277997895768_113732948650273_187185_4098660_n

Siapa saja yang menjejakkan kaki di bumi smakj pastinya akan mengenali beliau dengan "cubitan" yang amat ganas di tempat yang cukup sensetif… hehehehe budak pompuan tak ada yang kena , tapi budak laki memang merana.. zahir dan batin.. hehehhe

Dalam satu pandangan, cikgu sulaiman ni amatlah garang dan tegas, lagipun memang kenelah ngan jawatan beliau sebagai guru penolong kanan kat sekolah dulu,

36370_1502284677924_1258419274_1367365_6477109_n

Khabarnya dulu beliau pernah berkerja sebagai Tentera Udara, kemudiannya bertukar kerja dalam bidang pendidikan pula,dan jika korang semua masih ingat, cikgu sulaiman ahiya` ada satu kata-kata yang hebat! Bakal-bakal cikgu kena ikut kata2 ni,:

" My first job is teacher!"

( entah betul entah tak ayat aku , mintak maaplah… al-maklumlah, tak pandai sangat bahasa penjajah ni.. heheheh)

Pernah satu hari kat perhimpunan, cikgu sulaiman melarang para pelajar dari meludah merata-rata, kalau tak silap, time tu masa 2003, form 2 lah kita..

 29482_127594873922788_121979304484345_341855_2259623_n

kalau kowang ingat, kelas 2 Rusydi yang berjiran dengan tandas tulah lokasi kejadian.. hehehhe

Nak dijadikan cerita, adalah mamat lenge mana ntah meludah kat tangga tempat lepak budak ni kalau cikgu takda, pastu kantoi ngan cikgu leman.. mau taknya dipanggil semua budak laki kelas 2R untuk men"cuci" ludah tersebut dengan tangan!!! Wawawawawa!!!! Jatuh maruah kelakian betul…

Tapi sebenarnya, dalam ketegasan beliau mengajar dan mentadbir sekolah, beliau juga diantara guru yang paling disayangi oleh ramai student, buktinya! Jeng jeng jeng!!!

Masa majlis perpisahan cikgu sulaiman tahun 2006, Namia , Tat , Paan ngan Jawa pon nangis masa peluk dia!!! Hahahahaahha!! Aku ada gambar! Tapi kat Malaysia la… hehehhe kalau tak mmg pecah maruah korang,, hahahahah jangan marah!

Perpisahan dengan cikgu sulaiman selepas majlis perpisahan tersebut mmg terasa walaupun beliau masih mengajar tuisyen untuk Spm…

Ni aku tunjuk gambar-gambar cikgu sulaiman dengan keluarga … tengok jangan tak tengok,

famili cgfamily cg leman 

Family chekgu

Dikesempatan ini, kami warga w15Esa mengucapkan :

Selamat Hari Jadi Cikgu!

Semoga panjang umur, banyak amalan, dirahmati tuhan dan … bertambah cucu!! hehehhee mana tau bleh cop sowang :)

cucu cucu2

cucu chekgu leman yang chomel :)

kembara 13Batch 13 dah buat lawatan ke rumah chekgu.. kita bila lagi? :)

June 14, 2010

Berita Kematian

Kongsi

Dalam kegembiraan Umat Islam menyambut kedatangan Rejab yang mulia ini, seluruh warga W15Esa dikejutkan dengan berita kematian bapa Qurnisha binti Hamka , Hamka bin Mohd Taib yang meninggal akibat diserang penyakit diabetes Ahad  ( 14 Jun 2010 ) lalu.

Qurnisya merupakan anak kedua dari 5 adik beradik, merupakan seorang yang cekal dan amat prihatin terhadap rakan-rakannya, kini sedang menuntut di Universiti Teknologi Mara ( UiTM)..

Seluruh warga W15Esa mengucapkan takziah diatas pemergian Ayahanda beliau,  bahkan kami turut bersedih dan berduka atas pemergian ayahanda Qurnisya tersayang.

Dikesempatan ini, Pihak Pengurusan wisesa menyeru kepada semua sahabat-sahabat W15Esa sekelian untuk membaca yasin dan Al-Fatehah sebagai hadiah kepada Arwah..

pihak W15Esa mempunyai dua harapan :

1) kami mengharapkan semoga Arwah digolongkan bersama-sama orang beriman di Syurga kelak

2) kami juga mengharapkan Qurnisya tetap terus cekal dan tabah menerima ujian Allah SWT ini..

 

nisya

June 09, 2010

Adat duduk asrama

Kongsi

rahman sahal  ape khabar? tengah buat ape rakan-rakan? dah makan? bagus2..jangan tak makan. ceh dah macam pengacara kfc hour tanye pastu jawab sendiri macam tahu je penonton jawab macam tu.haha. siape kat sini pernah melalui fasa hidup kat asrama? angkat tangan? bagus2.turun2.baula..haha.

Suasana asrama adalah suasana yang tidak pernah dialami oleh pelajar ulang-alik.eh memang betul.asrama memang sebuah medium untuk melatih kita mengenal erti hidup berdikari, tolong menolong, jujur, setia kawan dan macam-macam. tapi yang penting, bukan kerjasama.bukan-bukan. tu penting jugak tapi sikap hormat yang lebih tua dan sayang yang lebih muda tu penting. tapi kan rasenye hormat yang lebih tua tu memang ade, yang sayang yang lebih mude tu macam takde. ade pun kalau awek die mude dari die.haha.sebabnye??. saya nak kongsi sikit pengalaman dan pengamatan saya selama 6 tahun dok asrama.antara kerja-kerja pembulian atau regging yang diterima oleh budak-budak junior.

 laundry-main_Full
1.basuh baju.

ni wajibla. budak-budak junior kalau jumaat malam sabtu je. siaplah. masing-masing bawak satu beg balik kampung.bukan nak balik kampung tapi kene basuh baju senior. cit.mane yang nak mengelak tu terpakse sembunyi awal2.kalau sikit takpe.ni satu beg.pastu ade kain spender, singlet pagoda dan stokin segala.pasrah je kot.


2.iron baju.

torn ni kerja lanjutan daripada basuh baju.dah basuh baju tak kan tak iron baju ye tak gitu?.hahaha. kadang-kadang baju sendiri tak teriron, nak iron baju senior plak tu kene beratur panjang sebab dekat bilik iron ade 2 iron je. satu rosak sebab si senior goreng telur atas iron, satu ag kene kongsi untuk satu asrama.sakit tu.


3.urut seluruh badan.

rumah-urut-yang-hot-ciki-pun-hot kebiasaannye kalau senior ni lepas main bola.bola sepak ea.orang panggil ape tu soccer2.bukan bola kocek.pastu diowang mula sengal2 badan.juniorlah kebiasaanya jadi mangsa. daripada semua yang tak reti urut terus jadi tukang urut boleh bukak perkhidmatan urut erotik. cewah!!.takdelah. haha.lepas tu mengikut pengalaman seorang member.die telah menjadi pengurut tetap seorang senior ni dan die pernah cakap die terpakse mengurut "boboi" senior tu.apelah. kasihan die, jiwa batinnya terseksa.huhu.


4.buatkan homework.

stack-of-books  ni biasenye senior yang pemalas nauzubillah. tapi diorang pemalas macam nak lukis2 ke.atau pun kene tulis denda contoh kene tulis satu ayat sebanyak 300 kali.bapakla, tercabut tangan kot.die bersenang-lenang.


5.belikan makanan dekat kantin.

lekor ni perkara wajib bagi semua junior mesti kene. kalau macam tukang urut tu sesetengah je yang kene.tapi bab suruh2 beli ni memang semua kene. pernah kantin dah hampir tutup, senior suruh beli makanan. kalau dekat tak pela jugak.ni kantin gan asrama adelah jugak 2 marhalah perjalanan.haha.kalau yang senior kepala sikit suruh budak junior fly atau lompat pagar.ni salah satu latihan untuk membentuk junior tu supaya selalu fly.

ade satu kes pulak. tapi ni time super senior lah. mase saya dah takd. sorang senior bagi duit seposen kat junior pastu mintak belikan nasi goreng 50 sen dengan air sebungkus. gile ape?.mane nak cekau duit tu?.terpakselah junior tu korbankan duitnya.


kalau nak ikutkan banyak lagi. tapi mungkin ini care mereka latih junior hormat senior kot. dan bende ni macam menurun. senior tu dh blah, junior nek pangkat senior, diorang plak buat macam tu kt junior diorang.

 

 

 

Abdul Rahman bin Sahal ,

Jurusan Pengajian Islam,

Open University, Negeri Sembilan,

Malaysia.

June 05, 2010

Bycoot Israel : how to make people around you do the same?

Kongsi

sheqa  Israel Laknatullah..


There are people out there, Muslims in particular who haven't open their eyes and start do something about the Gaza, Palestine issues. Here are some ways you can do to help them:

1. When you see a friend holding a Coca-cola can, bulge your eyes, twitch your mouth and try to make a 'jijik' face the best you can.

2. When someone really close to you (like sister..hehe) demanding to have Israel products, you bulge your eyes again, say 'No' and if they insist, you can try a bit of violence (bite softly, hit mildly, pinch seriously) on them to stop them doing so. It is better to do it in public so he/she will get embarrassed.

3. Istighfar for 3 times, and pray loudly with your eyes looking up to the sky, 'Ya Allah Ya Rabb, may you show the right path for this friend of mine, so that he will stop helping the Israels instead of the Palestinians. Israel Laknatullah'. It is best if you can try to well your eyes a bit. Make it dramatic.

4. When a friend is consuming or using the 'jinx' products, you hold the container, pretend that you are interested in that product, and try to make him offer you to try the products, and you should say, "Is this good? Whose product is this?" Fumble a bit and.. "Oh my god! This is Israel's! You actually using/eat this? God forgive me.. and YOU!".
Malay version. "Ya Allah! Barang Israel ni! Kau guna/makan benda ni? Semoga Allah ampunkan aku..dan KAU!". And put that thing away far from you.

5. A friend is drinking from Starbucks cup, and you simply say, "Oh. I'm thirsty.." or "I need a drink". Then if she/he offers you the drink in his/her hand, and you should reply, "Eww.. I don't drink Israels! Gross!" or "Yucks! I'm allergic to Israel's!". Don't forget to make ogre-like face.
Malay version. "Eyuuuww. Aku tak minum Israel! Jijik!" atau "Yekk. Aku allergic dgn Israel!

israel-boycott boycott-israel

Hey hey. We should prove that we can live without those Laknatullah & their products. Even if it costs something & need you to sacrifice something, we should always remember, God is always there to help us! What goes around comes around! Buy safely people!

 

 

Shafiqah Abdullah,

Jurusan Perubatan .

Universiti Padjadjaran ,

Bandung , Indonesia

link :http://im-so-into-myself.blogspot.com/2010/06/boycott-israel-how-to-make-people.html

For Gaza; We Will not go down

Kongsi
ika  Sedih... apabila melihat pelbagai peristiwa yang berlaku kepada saudara-saudara kita di Gaza, menderita, diseksa, entah berapa banyak bom yang telah dimuntahkan, peluru-peluru yang dilepaskan  tidak berhenti meragut nyawa, sama ada tua mahupun muda, wanita, kanak-kanak, orang tua, bayi juga dijadikan sasaran. Nyawa mereka umpama tidak berharga, bagaikan dihujung tanduk, bila-bila masa saja boleh diperkotak-katikkan oleh kaum sentiasa memusuhi agama Islam, kaum yang dilaknat Tuhan.. Kejam, sungguh kejam. Malahan, Apa yang kita sedia maklum dengan berita baru-baru ini, sahabat-sahabat yang sanggup menggadai nyawa untuk ke sana semata-mata dengan niat untuk menghulurkan bantuan juga dijadikan sasaran mereka melampiaskan amarah dan kekejaman.
*************
Ya Allah,
Bantulah mereka,
Berikanlah kekuatan kepada muslimin muslimat,
yang masih bertahan menegakkan maruah agama dan negaranya,
biarpun penghinaan demi penghinaan dilemparkan kepada mereka.
Ya Allah,
tempatkanlah mereka dalam golongan yang kaucintai,
dengan limpahan rahmat dan kasih sayangmu,
syahid mereka ada kerana berjuang atas nama-Mu,
biarpun kehidupan dunia penuh noda, penderitaan dan tangisan,
setiap titis darah yang mengalir hanyalah demi mengharapkan redha-Mu
dan hidup ini hanyalah milik-MU
Ya Allah,
Biarpun hari ini musuh agamaku berbangga membunuh,
menyeksa dan menghancurkan hamba-Mu,
Namun aku yakin,
cahaya dan rahmat-Mu sentiasa bersinar buat merka yang beriman,
penderitaan ini akan tertimbus bila tiba masanya,
Maka,
selagi mereka bernyawa,
kurniakan ketabahan dan kecekalan,
untuk mereka bernafas dan berjuang,
atas nama suci-Mu ya Allah..
Ya Rabbul Izzati.. Aminn~
************
luahan hati penulis:
Bagaimana jika suatu hari nanti ditakdirkan negara kita menerima nasib yang sama, adakah kita juga kuat untuk menghadapi dugaan ini seperti mereka. Allahu'alam~



Nurul Atiqah Azahari,
IPG Kampus Dato' Razali, K.Terengganu, Malaysia
link : http://chentamaneesku.blogspot.com/2010/06/for-gaza-we-will-not-go-down.html

June 04, 2010

Bukan Sekadar di Jalanan

Kongsi
Assalamualaikum.


Alhamdulillah, semalam sempat menghadiri rally Justice for Palestine Brisbane. Seronok berdemonstrasi sepanjang jalan. Jerit-jerit melaungkan kemarahan kita. 


Itulah yang mampu dilakukan.


Di sudut lain, kita harus sedar bahawa takkan ada kemenangan tanpa Islam. Bermakna, kalau sehingga hari ini kita gagal menjadikan Islam sebagai cara hidup kita, jangan harap kita bakal melihat kemenangan Islam. 


Sedang dalam kita tahu bahawa Allah mampu saja memberi kemenangan kepada kita dalam sekelip mata saja, tapi nampaknya masih ramai yang tak yakin. Termasuk aku mungkin.


Namun, aku musykil bila perkara asas lagi penting seperti solat dan aurat pun masih tak terbela. Masihkah dalam perkara itu kita harus berlembut? Masihkah dalam perkara itu kita boleh memandang ringan? Masihkah dalam perkara itu kita perlukan bimbingan? Peringatan mungkin, tapi sendiri beringat, kawan! 


Sehingga kadang yang menjadi serba-salah adalah orang yang tahu. Buntu, adakah orang yang tahu itu saja harus diasak utk memberi peringatan. Dan bentuk peringatan itu dalam nada yang lemah lembut? Tidak boleh diasak. Tidak boleh didesak. 


Isu Palestine bukan sekadar menuntut kita mengorbankan masa tenaga kita berteriakan di jalanan. Malahan lebih dari itu. Bermakna, dalam kita sibuk bersemangat dgn rally, bukan bermakna tanggungjawab kita sebagai Muslim sudah terlepas. Sebab yang lebih penting meningkatkan diri kita.



Allahu Allah~ Diri ini pun masih lemah. Sukar bukan untuk istiqamah? Ya, memang sukar. Sebab kemenangan juga bukan mudah.


"Sesungguhnya akan berjayalah orang-orang mu'min" (AlMu'minun ayat 1)
 
Allah tak kata muslimun, tak kata an-nas tapi al-mu'munin. Orang-orang beriman.


Persoalannya, sudahkah kita beriman?


Jadi, jom jom jom. Kita kembali kepada Islam. 


Khaibar! Khaibar! Khaibar Ya Yahud! Jaishu Muhammad! Soufa Yau'ud! Birruh Biddam! Nafdika Ya Ghaza!


Allahu Akbar!




p/s: polis sini tak bawa air pemedih mata, tiada pula FRU dgn lori besi mereka, takde juga nampak public yg bawa garam. Subhanallah~






Mohd Firdaus Mohd Noh ( Ayong )
Brisbane, Australia 
link :  http://firdausimuhammad.blogspot.com/2010/06/bukan-sekadar-di-jalanan.html

Kemanusiaan Yang Di Bayar Dengan Darah

Kongsi

Baru-baru ini kita dikejutkan lagi dengan kekejaman zionis Yahudi yang tidak pernah berhenti meneruskan misi kejahatan dan tidak berperikemanusiaan.

Kekejaman demi kekejaman, pembunuhan demi pembunuhan dilakukan, penduduk dunia seakan lali..tetapi tidak bagi pejuang yang cintakan syahid..berita-berita palestin hinggap di celahan-celahan web..televisyen dan radio seakan mati disuap ketakutan menyebar berita dari sana..Hingga tidak menyedari keperitan dan kesengsaraan penduduk Palestin yang sudah kering air mata, kering darah mereka dilanyak-lanyak rejim zionis selama 3 tahun di penjara Gaza..


Inilah penjara di bandar Barsheeba yang menempatkan aktivis Gaza yang ditahan
Muncul segerombolan mujahid yang tampil bermisi Flotila Kebebasan Gaza , menghulur bantuan, makanan, pakaian, keperluan atas keperimanusiaan tanpa mengira agama dan bangsa..hati diteguh, tekad dipasak, demi cinta kepada sesama Muslim,rela syahid mempertahan aqidah..

Serangan zionis 2hari yang lalu, mencedera dan meragut nyawa mereka yang tidak berdosa..610 orang dipenjarakan di Barsheeba,selatan Israel, 19 rakyat Malaysia turut ditahan di sana..Pertumpahan darah akibat bom asap dan gas pemedih mata menukar kapal laut menjadi lautan darah..Jerit-pekik dan kalimah takbir terbayang di fikiran, ampuhnya semangat mereka, andai syahid pasti syurga galang-gantinya..Allahu Akbar!!

Kebimbangan demi kebimbangan sering kali menghantui si ibu, si isteri dan saudara-mara akan pemergian mujahid-mujahid pilihan Allah..Alhamdulillah mereka diberi rezeki panjang umur, agar ada lagi hati-hati yang masih berperikemanusiaan, menghulur bantuan seikhlas mampu..

Benarlah janji Allah, Yahudi pasti tidak akan menyerah, semakin hari semakin umat Islam parah, kemanusiaan itu dibayar dengan darah, namun cukupkah sekadar melepaskan amarah??
Tanpa berusaha membantu mereka yang sedang "jarah"..

Wahai pemuda-pemudi Islam, bangkitlah!!..boikotlah barangan-barangan Yahudi seboleh-bolehnya, pasakkan niat untuk menjadi antara yang terpilih syahid di medan juang..jangan hanya hari ini kita prihatin, marah dan geram, tetapi esok Mc Donald menjadi kunjungan, barangan Nestle menjadi santapan, Facebook dilayan berjam-jam..Ingatlah, penderitaan si kecil dibayar kita dengan barangan-barangan Israel itu..mudah-mudahan kita berusaha memboikot!!!

اللهم انصر الإسلام والمسلمين في فلسطين، وبلاد الإسلامية...آمين

:Amalkan doa qunut nazilah setiap hari agar askar-askar zionis Israel hancur seperti hancurnya tentera bergajah Abrahah, selamatlah penduduk-penduduk Palestin menegak dan mempertahan aqidah dan keimanan kepada Allah S.W.T..Amin..


-Rahmah Borham, 
Sains Kemanusiaan Bahasa Arab & Kesusasteraan..
UIAM Gombak , Malaysia

June 03, 2010

Kentut kuat, bau paising, pastu.. buat derk..

Kongsi

29236_401225728399_358514058399_4124911_6237881_n Baru-baru ini kita dikejutkan dengan peristiwa yang menggemparkan dunia apabila kapal konvoi bantuan kemanusiaan ( LL4G )ke Palastin di serang dan ditawan oleh Israel Laknatullah secara brutal dan begitu kuwang hajaw!!,

Penyerangan berdarah tersebut telah mengakibatkan 19 orang Syahid dan berpuluh-puluh lagi tercedera. Konvoi tersebut diserang tanpa mereka dapat mempertahankan diri mereka dan kapal yang mereka naiki kerana mereka tidak mempunyai Apa-apa senjata,ihh1

 

ini adalah kerana, pihak penganjur, iaitu Insani Yardim Vakfi ( IHH ) telah mengingatkan dan melarang para sukarelawan dari membawa apa-apa senjata, sehinggakan ketua misi sukarelawan Malaysia, Tuan Haji Noor Azman sendiri telah menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai apa-apa alatan senjata untuk melawan Israel walaupun sepucuk paku..

 

29236_401302258399_358514058399_4127378_6531755_n Setelah bergelut selama lebih satu jam di perairan Antarabangsa, Kapal Mavi Malmara yang mengangkut penumpang yang berjumlah ratusan orang berjya ditawan oleh Israel Laknatullah, seterusnya kesemua sukarelawan yang terdiri dari Warga emas berumur lebih 80 tahun sehinggalah bayi berumur 2 bulan di ikat dengan tali selama lebih 12-15 jam. dan dalam jangka masa tersebut juga, tidak ada seorang pun dari mereka dibenarkan untuk membuang air dan menjamah makanan..

 

itulah Israel yang cukup kejam dan Laknat!..

 

sahabat-sahabat W15Esa  sekelian,

Aku percaya, korang semua pastinya dah tahu berita ni…mungkin lebih detail dari apa yang aku tahu,..

kentut1 tapi, perkara yang hendak aku kongsikan ialah..Israel telah memainkan peranan mereka sebagai “penjahat” dalam talevision dunia… , Amerika menjadi watak sampingan, dan kebanyakkan masyarakat menjadi watak “lembu yang dicucuk hidung”, bila mereka diancam, mereka bersuara.. tapi hanya suara sahaja yang mampu mereka keluarkan.. aku umpamakan orang sebegini sebagai seorang yang “kentut kuat, bau paising.. pastu.. buat derk..”

 

bila kita mendapat berita yang mencabar kemanusiaan tesebut, masing-masing kita mujahidesign5 marah, bangkit melawan, menukar status FB, mengutuk mengeji Israel, buat wallpaper berunsur kencaman kepada Israel dan sebagainya…kuat bersuara!! hingakan sesetengah FB yang aku bukak ada yang kata nak bunuh orang Israel, S**k You Israel dan sebagainya…

sebenarnya… orang sebegini hanya Gemar Bersuara tapi bacul dalam tindakan…

macam mana aku tak kata bacul, cuba korang bayangkan….. dia punya marah kat Israel sampai macam2 dia kutuk israel hingga kadang-kadang tak nampak bahawa dia ni pernah belajar sekolah agama r belajar asas akhlak Islam… pastu, dialah orangnya yang menulis di FB … “ makanan kegemaran saya,Burger McD yang BesAr punya!!”

Apa Ni???? mana tindakan kita??

bukan kita tak tahu, kita dilarang oleh Allah SWT dan Rasul-Nya dari cakap tak serupa bikin…

“adakah kamu menyuruh manusia membuat kebaikan dan kamu melupakan diri kamu?? sedangkan kamu membaca Al-Quran??- Al-Baqarah :44

sahabat-sahabat W15Esa sekelian,

kita mesti bertindak, kita tidak boleh duduk termenung dan hanya bersedih sahaja… kita kena mula memboikot barangan Israel Laknatullah… dengan apa jua cara yang kita mampu…

boycott-israel

mungkin korang tak tahu kenapa kita perlu boikot..

“israel adalah negara MISKIN yang tak punya ekonomi dalaman.. so dia terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk mengukuhkan ekonomi negara mereka.. mereka telah mempengaruhi dunia untuk membeli barangan mereka sehingga dunia seolah-olah bergantung pada mereka… dan pendapatan berjuta-juta hasil dari SAHAM kita tersebut digunakan Israel untuk membina negara mereka dan juga untuk MEMBUNUH sahabat-sahabat kecil, pemuda, wanita dan orang tua di Palastin….”

 

 israel-boycott

akhir sekali …… aku harapkan, kita sama-samalah memBOIKOT barang-barang Israel..

korang pun tak sukakan, kalau orang kentut kuat pastu bau paising… heheheh tak ngaku plak 2…. so, jangan plak korang jadi macam 2..

Dr M pernah kata

“ kita tak akan mati kalau kita tak guna barang Israel”…

so, pk-pk dan renung-renungkan lah..

 

salam kasih, salam sayang..

Asalamualaikum…