December 07, 2010

Budak Smakj BERUBAH@HIJRAH?

Kongsi

Ops! Sorry dah lama tak update blog nie, sebab selalu sibuk n dot dot dot.. kih3.. paham2 ler, dah musim sejuk.. asik berkabung dibawah selimut jer lah.. :)

Anyway, maal hijrah…..sebenarnya, tak dak point nak citer.. tapi tetiba, terpikir plak, suasana “hijrah” kat smakj . hahahaha sebab kat smakj dulu, time nie cutie sari jerk, tapi kalau kena ngan hari isnin r jumaat .. mmg kompem balik kampong.. betul?  

Herm… sambutan maal hijrah smakj.., masing2 akan memunggah-munggah baju-bajan kat loker, sebab ada perarakan maal hijrah… dengar ceramah, pastu… makan!! Mmg terbaik!- kalau tak ustaz fuad, mesti ayahanda ustaz saadon dolah yang masak, kan kan kan? Hahahha depan gambar hiasan

Back 2 de title… Hijrah, …..mungkin bermakna.. azam perubahan, herm… cita tentang berubah, bayangkan… setiap kali nak exam jerk.. pastinya azam kita akan membuak.. ada yang mula buke buku walaupun pas 5 minit, dia lukis peta kat buku tue… ada terasa tak???

Ada plak yang berazam punya kuat, lagi2 pas dapat motivasi dari cikgu zamzila r saper2lah yang datang menjenguk kat smakj tue (abg-abg , kakak2 senior) …. And de last, dia gak yang banyak tidow….. hahaha kalau ada yang dapat “king of turu” tue, jangan marah aaa….. turu

Tapi aku tak nafikan, ramai jugak yang berazam… n terus tekad berazam dan tak pernah lemah berusaha.. hehehhehe(ayat pancing jerk)

So, nak kongsi sikit.. macam mana nak berubah dengan lebih efektif:

1) Mesti ada guru yang terbaik

  • Ya, tanpa guru siapa kita, dan semua guru adalah baik, tapi dalam memastikan perubahan kita tepat dan jitu, kita perlu memilih guru yang dapat mendorong kita kearah kejayaan yang total-
  • just imagine, kat smakj dulu, mesti ada cikgu yang korang betul2 kagum kan?, ya, mungkin dia adalah guru terbaik yang dilalaikan :)

2) Mesti ada perancangan

  • Ramai orang yang mahu berubah tapi selalu berhenti dipertengahan jalan, sebab apa? Jiwa tak kuat??ya, ianya salah satu factor.. tapi factor yang lebih kuat adalah kerana tiada perancangan, …. Sebagai student (contoh) ; bila ingin berubah, kita perlu membuat plan kejayaan kita, kita perlu listkan kemahuan dan cara untuk mendapatkannya..
  • owh! Jangan lupa, kejayaan itu bukan emas yang boleh jatuh dari langit!

3) Mesti ada suasana yang solehah

  • Kadang-kadang, kita dah ada 2perkara diatas, tapi kita dikelilingi suasana yang tidak membantu kepada perubahan kita…
  • contoh, nak belajar, tapi kita slalu bersama ngan kawan yang malas belajar, kuat menonton dan merapu.. tak jadi beb!, nak tinggal rokok, tapi duduk dengan orang yang tak mahu tinggal rokok, tak jadi beb!.. pucuk pangkalnya, carilah suasana yang baik dan dapat membantu kepada perubahan kita …

Haha, ilmiah ker artikel ni? Tak kan?? So.. kalau tak sempat hijrah time kat smakj dulu, bleh la mula hijrah@berubah bermula sekarang :) masih belum terlambat…… macam2 mender perlu berubah…. Kan? Kan? Kan? smiley-face-wallpaper-001

  1. p/s :Agak peningkan? Itulah situasi student yang nak exam, tapi gatai menulis blog.. hahaha
  2. p/s:tips ini diambil dari kefahaman hadis, so, kalau nak rujuk bleh klik : HADIS HIJRAH

No comments:

Post a Comment

komen la yer.. hehehhehe baru nampak rancak!!!!!