December 19, 2010

Kerana Contengan diBuku~Imaginasi Kecil Azwan dan Jannah

Kongsi

“Saper yang buat keje ni? Habis buku aku kena conteng!” marah Jannah.

Telah lama kemarahan itu dipendam, hari ini ia meluak juga. Bukan dia tak tahu, semua pelajar 1 Arabi memberi perhatian kepadanya , tapi dia sengaja menguatkan suara supaya Azwan dapat membalas kemarahannya..

Namun, harapannya hanya tinggal harapan. Azwan tidak menghiraukan dia dan dengan selambernya buat muka lenge.. dalam diam, azwan tersenyum.. dia suka dengan situasi itu.

“Bangun semuaaaaa!!!”  tiba-tiba Ridzuan memberikan arahan .

Rupa-rupanya ada guru yang melangkah masuk ke kelas mereka.

“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakahtuhhh ustaz” semua murid memberi salam kepada ustaz Salehudin Said yang akan mengajar nahu pada pagi itu.

“Waalaikum musalam, baiklah, sebelum duduk , saya mahu memeriksa kerja rumah yang saya berikan semalam, semua sekali, letakkan buku diatas meja masing-masing.”

Semua murid mengikut arahan dengan taat.

Ustaz Salleh berjalan dari meja ke meja..

“Said.., duduk” ….. Jannah mula bimbang.

“Fuad.., duduk” … Gusar

“Syukor.., duduk”…… berpeluh

“Aiman.., duduk” ….. jantungnya berdegup kencang

“Alfin.., duduk” ….. hilang arah ,

“Shaheera.., duduk” …… matanya meliar.

“Idayu.., duduk” … dia pasrah!!

“Jannah…….kerja rumah awak siap, tapi kenapa buku awak ni banyak conteng sangat ni?, buku ni untuk ditulis latihan, bukan untuk diconteng-conteng! ini buku nahu, bukan buku khat!”

“errr..abang..eh! ustaz.. bukan saya yang buat, ada budak laki yang conteng buku saya…. Saya letak bawah meja semalam, saya baru perasan pagi tadi jer ustaz”

“ini buku awak kan?? Kenapa awak tak jaga? Awak tak dengar ker cikgu sulaiman suruh bawak balik semua buku ke asrama?!”

“Saya dengar ustaz…”perlahan bibirnya menutur kata...

……………………………………………..……

mood Jannah betul-betul hilang hari ini, dia betul-betul ambil hati dengan perbuatan Azwan, mahunya tidak, kerana perbuatan orang lain, dia pula yang menjadi mangsa…

Jannah datang mendekati Azwan.

“Aku tahu, ko la yang conteng buku nahu aku kan? Mengakulah!”

“ko ada bukti ker nak tuduh-tuduh aku ni??”

“memanglah tak der, tapi aku tahu, ni memang kerja ko!Ezzah kata, ko yang slalu duduk kat meja aku masa prep! Mestilah ko yang buat!”

“Mana aku tahu.”jawab azwan ringkas..

……

Marah.

Geram.

Benci.

Dia meninggalkan kelas pagi itu…….

>>>>>>>>>>>

Kali ini, jannah tekad membawa pulang semua bukunya ke asrama…. Dia membelek-belek buku nahu yang menyebabkan dia dimarahi… lantas nalurinya berbicara..

“Cantik juga khat dia ni…” cetus hatinya…belekkannya diulang-ulang,..tiba-tiba fikirannya melayang jauh..

“HAH!!! pikir azwan ea!!”Sanggah Ezzah..

“isk! ko nie mana aku nak ada masa pikir tentang dia!”

“Alah ko nie,,buat malu-malu cat plak… ko ngan dia tu kan sesuai… dua-dua muka baby face..hahahha go on la!”

“dia tu dahlah rabun!suka kacau orang plak tu!peninglah aku ngan dia! ” gelabah.

“hahaha ..asal ko musuh sangat ngan dia tu hah? nanti jadi hubby  baru tau… orang kata, mula-mula gaduh..lama-lama sayang!hehe”

--- mukanya merah ----

<<<<<<<<<<<<<<<<<,

dah abis!! hahahaha sorry lah semua!! , aku tak pandai reka-reka citer nie, moral of this story mory adalah… Azwan dan Jannah mula “Ada hati” masa kat 1 Arabi dulu, tapi dorang belum ada apa2 hubungan…setelah bertahun2 lost contact, ….time form 5, Azwan kol umah jannah…mula2 jannah tak kenal…tapi , bila azwan kata ..”Akulah yang selalu conteng buku ko dulu” barulah jannah ingat.. hehehhe pastu dorang kapel jap, n disebabkan beberapa masalah, hubungan dorang terpaksa diputuskan buat sementara waktu…tapi, putus atas mulut jerk.. kat hati masih melekat “Something” lagi..hehheLaughing out loud biasalah, fitrah manusia…

tub..tub..tub…..jeng , jen jeng!!

azwan

jannah tulis status kat facebook dia :

 “18.12.2010, sesiapa sahabat handai yg berada di Muar Johor, anda dgn ikhlas dijemput hadir ke majlis pertunangan saya, jam 10a.m bertempat di rumah saya juga. kehadiran anda amat dialu-alukan.”

okey…….

nak tahu macam mana diorang mula berjumpa semula dan memikirkan tentang pertunangan? persediaan tentang pertunangan? dan persediaan kepada cabaran yang bakal dilalui?

Tunggulah post seterusnya… hahahahhaha tu pon kalau aku rajin lah, aku ngah sibuk exam nie.. heheheheh ni pon tulis main2 jerk, hilangkan “Keponingan” kat pala hotak…

okey, take care! jaga iman semua Winking smile ….

Sebelum itu, ada tips dalam mencari pasangan dari Kitab Feqh Manhaji;

“calon suami dipilih daripada keadaan agamanya, iaitu akhlaknya yang baik, seperti itu juga keadaan calon isteri, dipilh dari keadaan agamanya, dari segi akhlaknya yang baik.. demikianlah diajarkan Nabi SAW ketika bersabda :

Sekiranya kamu dipinang oleh orang yang diredhai agamanya, maka kahwinilah dia..

Riwayat Tirmizi 1084”

Akhir kalam……

“Azwan dan Jannah sudah… aku, kamu, dia dan mereka , bila lagi???”

Rolling on the floor laughingWinking smileSmileSmile with tongue outHot smileEmbarrassed smileAngelNerd smileSarcastic smileBe right backI don't know smile

6 comments:

  1. adui... senyum lebar ak baca article ko ni budin. Story mory yang sunggug nostalgic and evergreen, hahaha! cinta tak mengenal usia. ak rasa kagum kerana di usia 21 tahun, mereka telah matang untuk buat keputusan yang kritikal. Bertuahlah kedua-dua mempelai, All WISESA wish both of u good luck. :)

    ReplyDelete
  2. rajin sey.. admin yang tulis kisah2 sahabat SMAKJ yang len... Tabik Spring kat korang!!! walalupun aku bukan same sek ngan korang, mase ting 1-5.. haha..
    wan... tak sangka ko mendahului dari kawan2 roomate mu yang lain kat mj.. hahaha..
    tahniah!!! EX-MP 2006

    ReplyDelete
  3. hahah..
    jahat nye aku bila dikenang balik..
    tp ak conteng buku kosong..!!
    n ust saleh ajar insya' lah...
    huhuhu

    ReplyDelete
  4. huhu..gempak r...alhamdulilah...agak r tersentuh tatkala menerima berita yg amat gumbira..hehe..moga2 kamu berdua bersatu di bawah naunganNya dgn barakahNya...dan kita2 jua mudah2an termasuk dalam golongan itu...huhu..ap pon...post nie best!,,hehe

    ReplyDelete
  5. hahaha, malunya~ tp rasa comel la pulak~ ahahahaha. emmmm, tq penulis blog, kamu sgt rajin.... nanti kamu kawin semua org musti buat cerita pasal kamuh....

    ReplyDelete
  6. hehe...syok pulak bace kisah si budin ni..ad2 aje..=) walaupon x knal jannah, tp rsenye dia mmg sgt padan dgn azwan...congrate both of u..smoga kekal ke anak cucu..insyaallah..

    ~izzati zamneqa~

    ReplyDelete

komen la yer.. hehehhehe baru nampak rancak!!!!!