November 30, 2011

Usrah WISESA

Kongsi

Asalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah Taala sekelian..

Bab Gathering n Catering memang kesukaan lepasan SMAKJ. Kadang-kadang menyimpang dengan kehendak rohani SMAKJ. Paling tidak hormatilah cara berpakaian dan percampuran. Sebab tu mereka segan nak jemput para pendidik yang mungkin senyum dalam sayu melihat telatah mereka. Tidakkah ada lidah Islami di kalangan mereka yang berani menegur?”

-Ustaz Fuad Othman-

Lantaran rintihan tersebut, Pihak Wisesa telah merancang untuk mengadakan Usrah WISESA..community-1

Gerak Kerja:

  • Usrah diadakan 2x sebulan
  • Melalui medium Skype

Semua ahli WISESA, dijemput untuk bersama-sama hadir…

PERJUMPAAN KALI PERTAMA:

Sebelum perjumpaan usrah dan pembahagiannya dibuat, kita akan mengadakan satu perjumpaan kali pertama, tujuannya adalah seperti berikut :

  1. Melantik Naqib dan Naqibah
  2. Melantik timbalan
  3. Melantik bahagian pengurusan
  4. Merancang program usrah

Perjumpaan akan dibuat pada :

Hari :Ahad [4/12/2011]

Masa: 9 Malam (Waktu Malaysia)

Tempat : Skype.

Untuk siapa yang ingin hadir, sila  isi form dibawah

_______________________________

Semoga usaha kita yang sedikit ini akan dapat ganjaran besar dari Allah Taala di dunia dan akhirat..

Smile Smile Smile Smile Smile

p/s: Sebarang masalah boleh ditanya kepada Budin : (klik)

October 31, 2011

Deeba Dahlan - Pitching Hancuss!! Hahahaha!!

Kongsi

Asalamualaikum sahabat-sahabat Wisesarian sekalian..

- Apa kabar korang hari ni? Sihat tak?

- Apasal? Nampak tajuk agak kejam kan?? Hahahahaha pertama-tamanya, aku nak mintak maap ler kat Deeba.. lantaran tajuk yang sungguh kontroversi ini.. ceewah!!

kitty-smile.bmp

- Kat sini.. aku cuma nak kongsikan satu video.. Nyanyian mak cik Deeba Dahlan..

- Komen sendiri dan selamat beramal! hahaha Rolling on the floor laughingLaughing out loudParty smileDevil

~Renung2kan.. : Rasulullah bersabda: Kamu tidak akan dapat memasuki syurga melainkan kamu beriman, dan kamu tidak akan mampu beriman melainkan kamu saling berkasih sayang [Hadith Muslim]

September 26, 2011

5 Top Story Bulan Ini (September)

Kongsi

Ha…. info terkini---info terkini!! aku nak update sikit, walaupun mmg tengah sangat-sangat sibuk menyibukkan diri ni.. hahahaha jom layan…!!

1- Opod Dah Kawin (Top Story!)

24 September 2011, telah rasmilah Nor Saiful Subari (seorang lelaki) telah berkahwin dengan Siti Hajjar Md Sani. Perkahwinan penuh bunga-bungaan itu telah dihadiri oleh beberapa wakil wisesa antaranya, : Fadil Roslan, Syed, Redha, Faliq, Namia, Jawe, P-zah,Izzah, Deeba dahlan, Q-la, Fuad, Rahman sahal dan lain-lain. sila lihat gambar di bawah.. (hahaha Skema ayat!)

546123

2- Amir Rahmat dan Isteri serta Anak Di JORDAN

Amir Rahmat, tiga beranak telah bertolak ke Jordan 13 September yang lalu… kini depa dah jadi pelajar Universiti Yarmouk. doakan kejayaan mereka anak beranak.

amir,umar..dan isterinya

3- Mengandung Lagi!

Ops! lupa nak habaq satu menda lagi… Setelah menerima cahaya mata lelaki, 'Umar 'Abdul 'Aziz bin Muhammad Nur Amir. pada 15 Julai 2010, Isteri Amir rahmat ( Rokhaizat ) sekarang ni sedang mengandung 32 Minggu anak kedua.. ha!!! mantap kan?! semoga ramai yang menngikuti jejak amir, Opod, Asyura dan lain-lain!!

4- Arina

Hari tu, sari sebelum pembedahan (Pembedahan 20/9/11), aku ada kol arina.. tanya dia ada ker orang melawat.. katanya ada.. oleh itu, nak terima kasih kepada pelawat2 sekelian kerana berjaya mengubat sedikit sebanyak kesakitan sahabat kita..

Update terbaru tentang arina aku tak tau lagi.. sapa yang tau sila nyatakan di komen yer…

5- Peringatan!

Sapa yang nak kawin, tunang ker, sunat ker (bagi yang belum), sakit ker, perlu bantuan ker,nak buat apa2 ker….. sila2lah bagi tau admin yer.. nanti bolehlah abg admin simpan data2 korg n sebarkan apa yang patut-patut.. Smile

ini maklumat admin.. pape hal roger jerk.

1) emel: abudujanah_89@yahoo.com

2) Facebook: http://www.facebook.com/syihabudinahmadmy 

3) Twitter: aljazary

4) Hp: +201529540336

okey: semoga terus berukhuwwah! Smile

nak bagi hadith sikit ea…

Rasulullah bersabda:

“Kamu semua tidak akan dapat memasuki syurga, melainkan setelah kamu beriman, dan kamu tidak akan dapat beriman sehinggalah kamu saling berkasih sayang..”

[Direkod oleh Muslim]

September 06, 2011

Opod Nak Kawin.

Kongsi

Sori tak boleh tulis banyak. agak sibuk.

Untuk pengetahuan korang: opod dah bertunang 2 Julai 2011. pastu cepat2 kawin..tahniah2!

Maklumat :

"MAJLIS PENYATUAN CINTA MOHAMAD NOR SAIFUL BIN SUBARI DAN SITI HAJJAR BINTI MD SANI"

Tempat :

Dewan Raya Taman Sri Pulai, Jalan Ara 7, Taman Sri Pulai

Hari dan Masa:

Sabtu, 24 September 2011· 12:00pm - 4:00pm

opod

(yang ni bukan gambar opod kawin tiga, calon bini dia cuma yang sebelah dia tu ja…)


Maklumat Lanjut Sila Hubungi :
0177731430 - Saiful
0123768938 – Hajjar

p/s: Tahniah Opd dan Wife.. maaf yer, nanti aku tulis tentang pernikahan ko..

April 02, 2011

Arina Dalam Kritikal!

Kongsi

ASalamualaikum kawan-kawan. Mungkin ada dikalangan kalian yang telah membaca keratan akhbar metro tentang penderitaan sahabat kita, Nurarina bin Mohd Shapii. Dia telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Sabtu dan Ahad, 9 &10 April 2011, Warga Wisesa akan berkumpul di SMAKJ bagi membincangkan gerak kerja yang akan kita lakukan bagi membantu menolong Arina dan sahabat-sahabat lain yang ditimpa musibah.

KITA TIDAK TAHU, ADAKAH PEMBEDAHAN TELAH DIJALANKAN MAHUPUN TIDAK, TETAPI KITA FAHAMI BAHAWA KELUARGANYA  MEMERLUKAN SOKONGAN KITA.

arina

Untuk mengetahui keadaan Arina, sila baca kenyataan Harian Metro dibawah :

KUALA LUMPUR: Impian seorang gadis untuk bergelar pendidik terpaksa ditangguhkan selepas disahkan menghidap penyakit barah tulang belakang yang mula dikesan sejak awal bulan lalu.

Nurarina Mohd Shapii, 22, yang kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) memerlukan bantuan sebanyak RM18,000 bagi menampung kos rawatan dan pembedahan akan dijalankan dalam tempoh terdekat.

Ibunya, Asmah Sandrang, 46, berkata penyakit anaknya mula dikesan ketika anaknya mengerang kesakitan selepas bangun daripada tidur dan tidak mampu untuk bergerak menyebabkannya bertindak menghantar anaknya ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu.

“Arina dibawa ke PPUKM selepas menjalani pemeriksaan rapi di hospital Johor Bharu dan doktor mengesahkan dia menghidap penyakit barah tulang belakang pada tahap kritikal yang memerlukan pembedahan segera bagi mengeluarkan ketumbuhan itu.

“Saya mengharapkan Arina akan kembali sihat seperti biasa selepas menjalani pembedahan. Kami sekeluarga akan terus memberikan semangat dan sokongan agar dia dapat melawan penyakit yang menyerangnya ini selain merayu bantuan daripada orang ramai,” katanya ketika ditemui di PPUKM, di sini, semalam.

Asmah seorang peniaga makanan dari Johor Bharu memperoleh pendapatan sekitar RM600 sebulan manakala suaminya, Mohd Shapii Mayuni, 52, lumpuh separuh badan sejak dua tahun lalu dan kini tidak lagi mampu untuk bekerja.

Sementara itu, Pensyarah Ortopedik dan Pembedahan Tulang Belakang, Fakulti Perubatan PPUKM, Dr. Mohd Hisam Muhamad Ariffin, berkata penyakit barah tulang belakang yang dihidapi pesakit hingga menekan saraf tunjang menyebabkannya lumpuh separuh badan.

Menurutnya, pembedahan segera untuk mengeluarkan ketumbuhan di tulang belakang dan menggantikannya dengan menggunakan skru khas akan dijalankan dan proses pembedahan ini akan memakan masa hampir empat atau lima jam.

Orang ramai yang ingin menderma boleh memberi sumbangan melalui cek atau wang pos atas nama The New Straits Times Press (M) Bhd dan alamatkan sumbangan anda ke Bahagian Kewangan/ Tabung Kebajikan NSTP, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.

Sumber : Harian Metro

Boleh juga Layari laman ini:  Gadis lumpuh akibat barah rayu derma