April 02, 2011

Arina Dalam Kritikal!

Kongsi

ASalamualaikum kawan-kawan. Mungkin ada dikalangan kalian yang telah membaca keratan akhbar metro tentang penderitaan sahabat kita, Nurarina bin Mohd Shapii. Dia telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Sabtu dan Ahad, 9 &10 April 2011, Warga Wisesa akan berkumpul di SMAKJ bagi membincangkan gerak kerja yang akan kita lakukan bagi membantu menolong Arina dan sahabat-sahabat lain yang ditimpa musibah.

KITA TIDAK TAHU, ADAKAH PEMBEDAHAN TELAH DIJALANKAN MAHUPUN TIDAK, TETAPI KITA FAHAMI BAHAWA KELUARGANYA  MEMERLUKAN SOKONGAN KITA.

arina

Untuk mengetahui keadaan Arina, sila baca kenyataan Harian Metro dibawah :

KUALA LUMPUR: Impian seorang gadis untuk bergelar pendidik terpaksa ditangguhkan selepas disahkan menghidap penyakit barah tulang belakang yang mula dikesan sejak awal bulan lalu.

Nurarina Mohd Shapii, 22, yang kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) memerlukan bantuan sebanyak RM18,000 bagi menampung kos rawatan dan pembedahan akan dijalankan dalam tempoh terdekat.

Ibunya, Asmah Sandrang, 46, berkata penyakit anaknya mula dikesan ketika anaknya mengerang kesakitan selepas bangun daripada tidur dan tidak mampu untuk bergerak menyebabkannya bertindak menghantar anaknya ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu.

“Arina dibawa ke PPUKM selepas menjalani pemeriksaan rapi di hospital Johor Bharu dan doktor mengesahkan dia menghidap penyakit barah tulang belakang pada tahap kritikal yang memerlukan pembedahan segera bagi mengeluarkan ketumbuhan itu.

“Saya mengharapkan Arina akan kembali sihat seperti biasa selepas menjalani pembedahan. Kami sekeluarga akan terus memberikan semangat dan sokongan agar dia dapat melawan penyakit yang menyerangnya ini selain merayu bantuan daripada orang ramai,” katanya ketika ditemui di PPUKM, di sini, semalam.

Asmah seorang peniaga makanan dari Johor Bharu memperoleh pendapatan sekitar RM600 sebulan manakala suaminya, Mohd Shapii Mayuni, 52, lumpuh separuh badan sejak dua tahun lalu dan kini tidak lagi mampu untuk bekerja.

Sementara itu, Pensyarah Ortopedik dan Pembedahan Tulang Belakang, Fakulti Perubatan PPUKM, Dr. Mohd Hisam Muhamad Ariffin, berkata penyakit barah tulang belakang yang dihidapi pesakit hingga menekan saraf tunjang menyebabkannya lumpuh separuh badan.

Menurutnya, pembedahan segera untuk mengeluarkan ketumbuhan di tulang belakang dan menggantikannya dengan menggunakan skru khas akan dijalankan dan proses pembedahan ini akan memakan masa hampir empat atau lima jam.

Orang ramai yang ingin menderma boleh memberi sumbangan melalui cek atau wang pos atas nama The New Straits Times Press (M) Bhd dan alamatkan sumbangan anda ke Bahagian Kewangan/ Tabung Kebajikan NSTP, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.

Sumber : Harian Metro

Boleh juga Layari laman ini:  Gadis lumpuh akibat barah rayu derma

11 comments:

  1. ya Allah . teruk sampai macam tu sekali ke . aku tak dapat nak join la . tengah final exam sekarang .

    ReplyDelete
  2. salam. Alhamdulillah tadi sempat pergi ziarah arina. Dia baru lepas pembedahan 2 hari lepas. Alhamdulillah sekarang keadaan dia stabil sedikit, tapi masih dalam rawatan susulan. sahabat sekalian dijemput untuk ziarah arina di PPUKM. Mari sama2 kita mendoakan kesihatannya.

    ReplyDelete
  3. sepatutnya letak kan no akuan.jika ke bank boleh masukkan derma untuk biayai rawatan beliau.semoga cepat sembuh.sampaikan salam kepadanya.katakan kami berdoa semoga beliau cepat sembuh dan amat bersimpati.

    ReplyDelete
  4. kita tubuhkan dana nk x?kita salurkan trus pada mak arina...lebih terjamin penerimaannya.aku sokong apa yg terbaik..pape kputusan msg aku ye budin...insyaallah aku akn bantu mna yg mampu...

    ReplyDelete
  5. subkiarabi...aku sokong.sbb dah tentu duit tu khas untuk kos pembedahan arina.

    ReplyDelete
  6. salam

    wad spinal,tingkat 4,ppukm

    ReplyDelete
  7. boleh mintak no akaun

    ReplyDelete
  8. lina : kalao boleh, mintak contect mak dia,xpon.. no akaun..
    alfin : kita sedang merancang untuk membantu arina, dan juga kawan2 kita yang lain yang mungkin senasib dengan arina..bawah pengurusan yusuf mahmud

    ..semua sekali, mohon terus doakan kesihatan arina..

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. semoga Allah mengurangkan rasa sakit yang dirasai oleh Kak Arina.. semoga Allah juga memberi kekuatan kepadanya dan keluarga menghadapi dugaan ini.. AllahuRobbi

    ReplyDelete

komen la yer.. hehehhehe baru nampak rancak!!!!!