January 16, 2012

SMAKJ diumum sekolah terbaik empat peperiksaan

Kongsi

KLUANG - Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor (SMAKJ) Kluang diumumkan sekolah terbaik dalam empat peperiksaan utama peringkat sekolah agama negeri ini melibatkan peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA), Sekolah Menengah Rendah Agama (SMRA), Sijil Intensif Bahasa (SIB) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

image

Pengumuman keputusan SMA, SMRA, dan SIB itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman di SMAKJ, Kluang sempena Majlis Peng­isytiharan Keputusan Peperiksaan di sini, semalam.

Sekolah berkenaan cemerlang hampir 100 peratus dan mendapat Gred Purata Sekolah (GPS) paling baik di setiap peperiksaan terutama dalam peperiksaan SMA, SMRA dan SIB.

GPS yang diterima untuk ketiga-tiga peperiksaan tersebut ialah 1.37, 1.38 dan 2.14 yang mana menunjukkan peningkatan jika mahu dibandingkan keputusan GPS yang diperoleh pada tahun sebelumnya.

Menurut Guru Penolong Kanan Akademik, Yatimah Subni berkata, pada tahun ini sekolah SMAKJ sangat bertuah kerana dapat memperoleh kecemerlangan 100 peratus dan pelajar yang mendapat keseluruhan ‘A’ juga semakin bertambah.

"Pelbagai program dijalankan bagi memastikan para pelajar yang menghadapi peperiksaan ini mendapat keputusan yang cemerlang. Antara program tersebut adalah program motivasi yang mana pihak sekolah akan memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar di awal
tahun.

“Selepas itu, pelajar-pelajar ini akan diberikan latihan menjawab soalan melalui program teknik menjawab peperiksaan yang mana latihan diberi sebelum pelajar menghadapi peperiksaan percubaan dan dua minggu diambil untuk melatih para pelajar tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.

Yatimah berkata, selepas peperiksaan percubaan pelajar turut didedahkan dengan program Gerak Gempur yang mengambil masa selama sebulan sebelum menghadapi peperiksaan yang sebenar.

“Dalam pada itu, yang membuatkan sekolah ini berlainan adalah kami mengadakan program makanan tambahan yang mana para pelajar yang akan menghadapi peperiksaan ini akan diberi makanan tambahan seperti susu dan kismis selama dua bulan sebelum menjelang peperiksaan.

“Malah, pemberian makanan tambahan tersebut akan diberikan sehingga pelajar tersebut habis menduduki peperiksaan. Kita percaya dengan pemakanan yang baik akan melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik,” katanya.

_____________________

Rujukan : Sinar Harian 16 Januari 2012

3 comments:

  1. salam... alhamdulillah..syukur pd allah...makin cemerlang sekolah kita semua nie kan....semoga berkekalan..aminn...:)

    ReplyDelete

komen la yer.. hehehhehe baru nampak rancak!!!!!