January 16, 2012

SMAKJ diumum sekolah terbaik empat peperiksaan

Kongsi

KLUANG - Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor (SMAKJ) Kluang diumumkan sekolah terbaik dalam empat peperiksaan utama peringkat sekolah agama negeri ini melibatkan peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA), Sekolah Menengah Rendah Agama (SMRA), Sijil Intensif Bahasa (SIB) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

image

Pengumuman keputusan SMA, SMRA, dan SIB itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman di SMAKJ, Kluang sempena Majlis Peng­isytiharan Keputusan Peperiksaan di sini, semalam.

Sekolah berkenaan cemerlang hampir 100 peratus dan mendapat Gred Purata Sekolah (GPS) paling baik di setiap peperiksaan terutama dalam peperiksaan SMA, SMRA dan SIB.

GPS yang diterima untuk ketiga-tiga peperiksaan tersebut ialah 1.37, 1.38 dan 2.14 yang mana menunjukkan peningkatan jika mahu dibandingkan keputusan GPS yang diperoleh pada tahun sebelumnya.

Menurut Guru Penolong Kanan Akademik, Yatimah Subni berkata, pada tahun ini sekolah SMAKJ sangat bertuah kerana dapat memperoleh kecemerlangan 100 peratus dan pelajar yang mendapat keseluruhan ‘A’ juga semakin bertambah.

"Pelbagai program dijalankan bagi memastikan para pelajar yang menghadapi peperiksaan ini mendapat keputusan yang cemerlang. Antara program tersebut adalah program motivasi yang mana pihak sekolah akan memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar di awal
tahun.

“Selepas itu, pelajar-pelajar ini akan diberikan latihan menjawab soalan melalui program teknik menjawab peperiksaan yang mana latihan diberi sebelum pelajar menghadapi peperiksaan percubaan dan dua minggu diambil untuk melatih para pelajar tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.

Yatimah berkata, selepas peperiksaan percubaan pelajar turut didedahkan dengan program Gerak Gempur yang mengambil masa selama sebulan sebelum menghadapi peperiksaan yang sebenar.

“Dalam pada itu, yang membuatkan sekolah ini berlainan adalah kami mengadakan program makanan tambahan yang mana para pelajar yang akan menghadapi peperiksaan ini akan diberi makanan tambahan seperti susu dan kismis selama dua bulan sebelum menjelang peperiksaan.

“Malah, pemberian makanan tambahan tersebut akan diberikan sehingga pelajar tersebut habis menduduki peperiksaan. Kita percaya dengan pemakanan yang baik akan melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik,” katanya.

_____________________

Rujukan : Sinar Harian 16 Januari 2012

January 03, 2012

JEMPUTAN PERKAHWINAN AUNI RAZAK

Kongsi

JEMPUTAN PERKAHWINAN Mohd Raimi ( putra al-amin ) & Nurul Auni bt Abd Razak

When?

  • Saturday, January 21, 2012 at 10:30am until Saturday, January 28, 2012 at 5:30pm

Where?

Dirumah Nurul auni bt abd razak 21 Januari 2012 -No.7 Lorong Mohd Salim 2, Kg Melayu 8600 Kluang Johor, Dirumah Mohd Raimi 28 Januari 2012 - JA 5501, Taman Sri Suria, Kg Parit Penghulu 77400 Sg. Rambai Melaka.

Jemputan Facebook : Klik gambar dibawah

390525_277529865627116_100001103135611_774519_41886399_n

bakalbakal isteri

  • Amalan sunat buat pengunjung dan sahabat handai ..

Dari Abu Hurairah r.a, (Beliau berkata): Apabila Nabi saw mahu mendoakan kebaikan kepada kedua pasangan pengantin, baginda akan berdoa :

"بَارَكَ الله وبَارَكَ عَلَيْكَ. وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا في الْخَيْرِ"

(Semoga Allah memberkati kamu, dan keberkatanlah buat kamu. Semoga juga disatukan antara kamu berdua dengan perkara-perkara yang terbaik)

[Diriwayatkan oleh at-Turmizi: Sahih]

 

lalu.. doa kami W15esarian kepada bakal pasangan pengantin :

بارك الله لكما وبارك عليكما و جمع بينكما في الخير

(Semoga Allah memberkati kamu berdua dan keberkatanlah buat kamu berdua, Semoga disatukan antara kamu berdua dengan perkara-perkara yang terbaik)

November 30, 2011

Usrah WISESA

Kongsi

Asalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah Taala sekelian..

Bab Gathering n Catering memang kesukaan lepasan SMAKJ. Kadang-kadang menyimpang dengan kehendak rohani SMAKJ. Paling tidak hormatilah cara berpakaian dan percampuran. Sebab tu mereka segan nak jemput para pendidik yang mungkin senyum dalam sayu melihat telatah mereka. Tidakkah ada lidah Islami di kalangan mereka yang berani menegur?”

-Ustaz Fuad Othman-

Lantaran rintihan tersebut, Pihak Wisesa telah merancang untuk mengadakan Usrah WISESA..community-1

Gerak Kerja:

  • Usrah diadakan 2x sebulan
  • Melalui medium Skype

Semua ahli WISESA, dijemput untuk bersama-sama hadir…

PERJUMPAAN KALI PERTAMA:

Sebelum perjumpaan usrah dan pembahagiannya dibuat, kita akan mengadakan satu perjumpaan kali pertama, tujuannya adalah seperti berikut :

  1. Melantik Naqib dan Naqibah
  2. Melantik timbalan
  3. Melantik bahagian pengurusan
  4. Merancang program usrah

Perjumpaan akan dibuat pada :

Hari :Ahad [4/12/2011]

Masa: 9 Malam (Waktu Malaysia)

Tempat : Skype.

Untuk siapa yang ingin hadir, sila  isi form dibawah

_______________________________

Semoga usaha kita yang sedikit ini akan dapat ganjaran besar dari Allah Taala di dunia dan akhirat..

Smile Smile Smile Smile Smile

p/s: Sebarang masalah boleh ditanya kepada Budin : (klik)

October 31, 2011

Deeba Dahlan - Pitching Hancuss!! Hahahaha!!

Kongsi

Asalamualaikum sahabat-sahabat Wisesarian sekalian..

- Apa kabar korang hari ni? Sihat tak?

- Apasal? Nampak tajuk agak kejam kan?? Hahahahaha pertama-tamanya, aku nak mintak maap ler kat Deeba.. lantaran tajuk yang sungguh kontroversi ini.. ceewah!!

kitty-smile.bmp

- Kat sini.. aku cuma nak kongsikan satu video.. Nyanyian mak cik Deeba Dahlan..

- Komen sendiri dan selamat beramal! hahaha Rolling on the floor laughingLaughing out loudParty smileDevil

~Renung2kan.. : Rasulullah bersabda: Kamu tidak akan dapat memasuki syurga melainkan kamu beriman, dan kamu tidak akan mampu beriman melainkan kamu saling berkasih sayang [Hadith Muslim]

September 26, 2011

5 Top Story Bulan Ini (September)

Kongsi

Ha…. info terkini---info terkini!! aku nak update sikit, walaupun mmg tengah sangat-sangat sibuk menyibukkan diri ni.. hahahaha jom layan…!!

1- Opod Dah Kawin (Top Story!)

24 September 2011, telah rasmilah Nor Saiful Subari (seorang lelaki) telah berkahwin dengan Siti Hajjar Md Sani. Perkahwinan penuh bunga-bungaan itu telah dihadiri oleh beberapa wakil wisesa antaranya, : Fadil Roslan, Syed, Redha, Faliq, Namia, Jawe, P-zah,Izzah, Deeba dahlan, Q-la, Fuad, Rahman sahal dan lain-lain. sila lihat gambar di bawah.. (hahaha Skema ayat!)

546123

2- Amir Rahmat dan Isteri serta Anak Di JORDAN

Amir Rahmat, tiga beranak telah bertolak ke Jordan 13 September yang lalu… kini depa dah jadi pelajar Universiti Yarmouk. doakan kejayaan mereka anak beranak.

amir,umar..dan isterinya

3- Mengandung Lagi!

Ops! lupa nak habaq satu menda lagi… Setelah menerima cahaya mata lelaki, 'Umar 'Abdul 'Aziz bin Muhammad Nur Amir. pada 15 Julai 2010, Isteri Amir rahmat ( Rokhaizat ) sekarang ni sedang mengandung 32 Minggu anak kedua.. ha!!! mantap kan?! semoga ramai yang menngikuti jejak amir, Opod, Asyura dan lain-lain!!

4- Arina

Hari tu, sari sebelum pembedahan (Pembedahan 20/9/11), aku ada kol arina.. tanya dia ada ker orang melawat.. katanya ada.. oleh itu, nak terima kasih kepada pelawat2 sekelian kerana berjaya mengubat sedikit sebanyak kesakitan sahabat kita..

Update terbaru tentang arina aku tak tau lagi.. sapa yang tau sila nyatakan di komen yer…

5- Peringatan!

Sapa yang nak kawin, tunang ker, sunat ker (bagi yang belum), sakit ker, perlu bantuan ker,nak buat apa2 ker….. sila2lah bagi tau admin yer.. nanti bolehlah abg admin simpan data2 korg n sebarkan apa yang patut-patut.. Smile

ini maklumat admin.. pape hal roger jerk.

1) emel: abudujanah_89@yahoo.com

2) Facebook: http://www.facebook.com/syihabudinahmadmy 

3) Twitter: aljazary

4) Hp: +201529540336

okey: semoga terus berukhuwwah! Smile

nak bagi hadith sikit ea…

Rasulullah bersabda:

“Kamu semua tidak akan dapat memasuki syurga, melainkan setelah kamu beriman, dan kamu tidak akan dapat beriman sehinggalah kamu saling berkasih sayang..”

[Direkod oleh Muslim]

September 06, 2011

Opod Nak Kawin.

Kongsi

Sori tak boleh tulis banyak. agak sibuk.

Untuk pengetahuan korang: opod dah bertunang 2 Julai 2011. pastu cepat2 kawin..tahniah2!

Maklumat :

"MAJLIS PENYATUAN CINTA MOHAMAD NOR SAIFUL BIN SUBARI DAN SITI HAJJAR BINTI MD SANI"

Tempat :

Dewan Raya Taman Sri Pulai, Jalan Ara 7, Taman Sri Pulai

Hari dan Masa:

Sabtu, 24 September 2011· 12:00pm - 4:00pm

opod

(yang ni bukan gambar opod kawin tiga, calon bini dia cuma yang sebelah dia tu ja…)


Maklumat Lanjut Sila Hubungi :
0177731430 - Saiful
0123768938 – Hajjar

p/s: Tahniah Opd dan Wife.. maaf yer, nanti aku tulis tentang pernikahan ko..

April 02, 2011

Arina Dalam Kritikal!

Kongsi

ASalamualaikum kawan-kawan. Mungkin ada dikalangan kalian yang telah membaca keratan akhbar metro tentang penderitaan sahabat kita, Nurarina bin Mohd Shapii. Dia telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Sabtu dan Ahad, 9 &10 April 2011, Warga Wisesa akan berkumpul di SMAKJ bagi membincangkan gerak kerja yang akan kita lakukan bagi membantu menolong Arina dan sahabat-sahabat lain yang ditimpa musibah.

KITA TIDAK TAHU, ADAKAH PEMBEDAHAN TELAH DIJALANKAN MAHUPUN TIDAK, TETAPI KITA FAHAMI BAHAWA KELUARGANYA  MEMERLUKAN SOKONGAN KITA.

arina

Untuk mengetahui keadaan Arina, sila baca kenyataan Harian Metro dibawah :

KUALA LUMPUR: Impian seorang gadis untuk bergelar pendidik terpaksa ditangguhkan selepas disahkan menghidap penyakit barah tulang belakang yang mula dikesan sejak awal bulan lalu.

Nurarina Mohd Shapii, 22, yang kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) memerlukan bantuan sebanyak RM18,000 bagi menampung kos rawatan dan pembedahan akan dijalankan dalam tempoh terdekat.

Ibunya, Asmah Sandrang, 46, berkata penyakit anaknya mula dikesan ketika anaknya mengerang kesakitan selepas bangun daripada tidur dan tidak mampu untuk bergerak menyebabkannya bertindak menghantar anaknya ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu.

“Arina dibawa ke PPUKM selepas menjalani pemeriksaan rapi di hospital Johor Bharu dan doktor mengesahkan dia menghidap penyakit barah tulang belakang pada tahap kritikal yang memerlukan pembedahan segera bagi mengeluarkan ketumbuhan itu.

“Saya mengharapkan Arina akan kembali sihat seperti biasa selepas menjalani pembedahan. Kami sekeluarga akan terus memberikan semangat dan sokongan agar dia dapat melawan penyakit yang menyerangnya ini selain merayu bantuan daripada orang ramai,” katanya ketika ditemui di PPUKM, di sini, semalam.

Asmah seorang peniaga makanan dari Johor Bharu memperoleh pendapatan sekitar RM600 sebulan manakala suaminya, Mohd Shapii Mayuni, 52, lumpuh separuh badan sejak dua tahun lalu dan kini tidak lagi mampu untuk bekerja.

Sementara itu, Pensyarah Ortopedik dan Pembedahan Tulang Belakang, Fakulti Perubatan PPUKM, Dr. Mohd Hisam Muhamad Ariffin, berkata penyakit barah tulang belakang yang dihidapi pesakit hingga menekan saraf tunjang menyebabkannya lumpuh separuh badan.

Menurutnya, pembedahan segera untuk mengeluarkan ketumbuhan di tulang belakang dan menggantikannya dengan menggunakan skru khas akan dijalankan dan proses pembedahan ini akan memakan masa hampir empat atau lima jam.

Orang ramai yang ingin menderma boleh memberi sumbangan melalui cek atau wang pos atas nama The New Straits Times Press (M) Bhd dan alamatkan sumbangan anda ke Bahagian Kewangan/ Tabung Kebajikan NSTP, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.

Sumber : Harian Metro

Boleh juga Layari laman ini:  Gadis lumpuh akibat barah rayu derma

December 19, 2010

Kerana Contengan diBuku~Imaginasi Kecil Azwan dan Jannah

Kongsi

“Saper yang buat keje ni? Habis buku aku kena conteng!” marah Jannah.

Telah lama kemarahan itu dipendam, hari ini ia meluak juga. Bukan dia tak tahu, semua pelajar 1 Arabi memberi perhatian kepadanya , tapi dia sengaja menguatkan suara supaya Azwan dapat membalas kemarahannya..

Namun, harapannya hanya tinggal harapan. Azwan tidak menghiraukan dia dan dengan selambernya buat muka lenge.. dalam diam, azwan tersenyum.. dia suka dengan situasi itu.

“Bangun semuaaaaa!!!”  tiba-tiba Ridzuan memberikan arahan .

Rupa-rupanya ada guru yang melangkah masuk ke kelas mereka.

“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakahtuhhh ustaz” semua murid memberi salam kepada ustaz Salehudin Said yang akan mengajar nahu pada pagi itu.

“Waalaikum musalam, baiklah, sebelum duduk , saya mahu memeriksa kerja rumah yang saya berikan semalam, semua sekali, letakkan buku diatas meja masing-masing.”

Semua murid mengikut arahan dengan taat.

Ustaz Salleh berjalan dari meja ke meja..

“Said.., duduk” ….. Jannah mula bimbang.

“Fuad.., duduk” … Gusar

“Syukor.., duduk”…… berpeluh

“Aiman.., duduk” ….. jantungnya berdegup kencang

“Alfin.., duduk” ….. hilang arah ,

“Shaheera.., duduk” …… matanya meliar.

“Idayu.., duduk” … dia pasrah!!

“Jannah…….kerja rumah awak siap, tapi kenapa buku awak ni banyak conteng sangat ni?, buku ni untuk ditulis latihan, bukan untuk diconteng-conteng! ini buku nahu, bukan buku khat!”

“errr..abang..eh! ustaz.. bukan saya yang buat, ada budak laki yang conteng buku saya…. Saya letak bawah meja semalam, saya baru perasan pagi tadi jer ustaz”

“ini buku awak kan?? Kenapa awak tak jaga? Awak tak dengar ker cikgu sulaiman suruh bawak balik semua buku ke asrama?!”

“Saya dengar ustaz…”perlahan bibirnya menutur kata...

……………………………………………..……

mood Jannah betul-betul hilang hari ini, dia betul-betul ambil hati dengan perbuatan Azwan, mahunya tidak, kerana perbuatan orang lain, dia pula yang menjadi mangsa…

Jannah datang mendekati Azwan.

“Aku tahu, ko la yang conteng buku nahu aku kan? Mengakulah!”

“ko ada bukti ker nak tuduh-tuduh aku ni??”

“memanglah tak der, tapi aku tahu, ni memang kerja ko!Ezzah kata, ko yang slalu duduk kat meja aku masa prep! Mestilah ko yang buat!”

“Mana aku tahu.”jawab azwan ringkas..

……

Marah.

Geram.

Benci.

Dia meninggalkan kelas pagi itu…….

>>>>>>>>>>>

Kali ini, jannah tekad membawa pulang semua bukunya ke asrama…. Dia membelek-belek buku nahu yang menyebabkan dia dimarahi… lantas nalurinya berbicara..

“Cantik juga khat dia ni…” cetus hatinya…belekkannya diulang-ulang,..tiba-tiba fikirannya melayang jauh..

“HAH!!! pikir azwan ea!!”Sanggah Ezzah..

“isk! ko nie mana aku nak ada masa pikir tentang dia!”

“Alah ko nie,,buat malu-malu cat plak… ko ngan dia tu kan sesuai… dua-dua muka baby face..hahahha go on la!”

“dia tu dahlah rabun!suka kacau orang plak tu!peninglah aku ngan dia! ” gelabah.

“hahaha ..asal ko musuh sangat ngan dia tu hah? nanti jadi hubby  baru tau… orang kata, mula-mula gaduh..lama-lama sayang!hehe”

--- mukanya merah ----

<<<<<<<<<<<<<<<<<,

dah abis!! hahahaha sorry lah semua!! , aku tak pandai reka-reka citer nie, moral of this story mory adalah… Azwan dan Jannah mula “Ada hati” masa kat 1 Arabi dulu, tapi dorang belum ada apa2 hubungan…setelah bertahun2 lost contact, ….time form 5, Azwan kol umah jannah…mula2 jannah tak kenal…tapi , bila azwan kata ..”Akulah yang selalu conteng buku ko dulu” barulah jannah ingat.. hehehhe pastu dorang kapel jap, n disebabkan beberapa masalah, hubungan dorang terpaksa diputuskan buat sementara waktu…tapi, putus atas mulut jerk.. kat hati masih melekat “Something” lagi..hehheLaughing out loud biasalah, fitrah manusia…

tub..tub..tub…..jeng , jen jeng!!

azwan

jannah tulis status kat facebook dia :

 “18.12.2010, sesiapa sahabat handai yg berada di Muar Johor, anda dgn ikhlas dijemput hadir ke majlis pertunangan saya, jam 10a.m bertempat di rumah saya juga. kehadiran anda amat dialu-alukan.”

okey…….

nak tahu macam mana diorang mula berjumpa semula dan memikirkan tentang pertunangan? persediaan tentang pertunangan? dan persediaan kepada cabaran yang bakal dilalui?

Tunggulah post seterusnya… hahahahhaha tu pon kalau aku rajin lah, aku ngah sibuk exam nie.. heheheheh ni pon tulis main2 jerk, hilangkan “Keponingan” kat pala hotak…

okey, take care! jaga iman semua Winking smile ….

Sebelum itu, ada tips dalam mencari pasangan dari Kitab Feqh Manhaji;

“calon suami dipilih daripada keadaan agamanya, iaitu akhlaknya yang baik, seperti itu juga keadaan calon isteri, dipilh dari keadaan agamanya, dari segi akhlaknya yang baik.. demikianlah diajarkan Nabi SAW ketika bersabda :

Sekiranya kamu dipinang oleh orang yang diredhai agamanya, maka kahwinilah dia..

Riwayat Tirmizi 1084”

Akhir kalam……

“Azwan dan Jannah sudah… aku, kamu, dia dan mereka , bila lagi???”

Rolling on the floor laughingWinking smileSmileSmile with tongue outHot smileEmbarrassed smileAngelNerd smileSarcastic smileBe right backI don't know smile

December 12, 2010

Arina Sedang Sakit!

Kongsi

Kadangkala.. kita seringkali menggungkapkan kata kasih dan sayang, bahkan mungkin juga ada yang pernah mengucapkan kata-kata setia hingga ke mati!! Namun adakah ianya benar-benar berlaku dalam dunia reality kini??

Mungkin kata-kata indah tersebut hanya dirasakan layak di “jual beli” kepada pasangan couple, persoalannya…., adakah kata2 indah itu pernah terlontar kepada sesusuk tubuh bernama sahabat?

Sahabat-sahabat.. Aku tertarik untuk berkongsi satu kata-kata indah bersama kalian,..sebuah sedutan Khutbah yang disampaikan oleh Dr Aid` Al-Qarni , penulis buku “La Tahzan” :

“Wahai manusia…Sesungguhnya daripada matlamat islam adalah, islam mahu menyatukan hati-hati kita,menyatukan barisan-barisan kita, dan mahu membuang penghalang diantara kita, jika kita tidak menyempurnakan matlamat tersebut, ketahuilah bahawa kita hanya memakai “nama” islam sedangkan kita tidak berada dijalannya, kita tidak merasa bangga dengannya .. Allah SWT bersabda : dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati-hati mereka (yang beriman itu). walaupun engkau membelanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak akan dapat juga menyatu-padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati-hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.-Al Anfal ;63 “

Mungkin ada dikalangan kita yang sedang membaca artikel ini pernah terluka atas pengkhianatan sebentuk objek bernama “kawan”.. dan mungkin juga pernah terluka kerana tertimpa beberapa kemalangan yang membuatkan dirinya derit dan sebagainya…. Apakah imbalan yang diterima dek kemalangan?

Sakit.

Ya! Sahabat-sahabatku.. Itulah yang kini dideritai oleh seorang sahabat yang amat kita kasih dan sayang, Nur Arina Muhammad Shapii.. setelah 5 bulan menderitai kesakitan tulang belakang,kini beliau telah mula mengalami kesukaran untuk berjalan..

Ketika artikel ini ditulis, aku masih lagi berbual dengan arina, sejak pada jam 8;17 malam lagi waktu Mesir , dan pukul 2;17 pagi waktu Malaysia-(sekarang dah pukul 10:00 malam) , kerana dia tak boleh tidur sebab sedang menahan kesakitan…

Budin: “ko pernah jumpa doctor?”

Arina: “aku dah g hospital pakar, tapi doctor kata xda pape”

Budin: “habis tue…., apa aku boleh buat?”

Arina: “aku nk mintk tlg ko n kwn2 len doakn aku cpt sembuh”

Sayu.

Perlahan aku menjawap…. “Arina, teruskan usaha mencari jalan penyembuhan! Kuatkan pergantungan kepada Allah SWT dan tingkatkan motivasi ko! Aku dan kawan-kawan sentiasa akan mendoakan kesihatan ko..dan akan sentiasa berdiri membantu ko selagimana kami mampu!!”

arina

Mungkin kita berada jauh dihujung dunia, dan bertahun-tahun tak ketemu beliau.. tapi kita perlu sedar satu perkara :

Nun disatu dimensi alam….., ada seseorang yang sedang menderita dan memohon pertolongan kita untuk mendoakannya…..maka, adakah kita hanya akan membatu?

December 07, 2010

Budak Smakj BERUBAH@HIJRAH?

Kongsi

Ops! Sorry dah lama tak update blog nie, sebab selalu sibuk n dot dot dot.. kih3.. paham2 ler, dah musim sejuk.. asik berkabung dibawah selimut jer lah.. :)

Anyway, maal hijrah…..sebenarnya, tak dak point nak citer.. tapi tetiba, terpikir plak, suasana “hijrah” kat smakj . hahahaha sebab kat smakj dulu, time nie cutie sari jerk, tapi kalau kena ngan hari isnin r jumaat .. mmg kompem balik kampong.. betul?  

Herm… sambutan maal hijrah smakj.., masing2 akan memunggah-munggah baju-bajan kat loker, sebab ada perarakan maal hijrah… dengar ceramah, pastu… makan!! Mmg terbaik!- kalau tak ustaz fuad, mesti ayahanda ustaz saadon dolah yang masak, kan kan kan? Hahahha depan gambar hiasan

Back 2 de title… Hijrah, …..mungkin bermakna.. azam perubahan, herm… cita tentang berubah, bayangkan… setiap kali nak exam jerk.. pastinya azam kita akan membuak.. ada yang mula buke buku walaupun pas 5 minit, dia lukis peta kat buku tue… ada terasa tak???

Ada plak yang berazam punya kuat, lagi2 pas dapat motivasi dari cikgu zamzila r saper2lah yang datang menjenguk kat smakj tue (abg-abg , kakak2 senior) …. And de last, dia gak yang banyak tidow….. hahaha kalau ada yang dapat “king of turu” tue, jangan marah aaa….. turu

Tapi aku tak nafikan, ramai jugak yang berazam… n terus tekad berazam dan tak pernah lemah berusaha.. hehehhehe(ayat pancing jerk)

So, nak kongsi sikit.. macam mana nak berubah dengan lebih efektif:

1) Mesti ada guru yang terbaik

  • Ya, tanpa guru siapa kita, dan semua guru adalah baik, tapi dalam memastikan perubahan kita tepat dan jitu, kita perlu memilih guru yang dapat mendorong kita kearah kejayaan yang total-
  • just imagine, kat smakj dulu, mesti ada cikgu yang korang betul2 kagum kan?, ya, mungkin dia adalah guru terbaik yang dilalaikan :)

2) Mesti ada perancangan

  • Ramai orang yang mahu berubah tapi selalu berhenti dipertengahan jalan, sebab apa? Jiwa tak kuat??ya, ianya salah satu factor.. tapi factor yang lebih kuat adalah kerana tiada perancangan, …. Sebagai student (contoh) ; bila ingin berubah, kita perlu membuat plan kejayaan kita, kita perlu listkan kemahuan dan cara untuk mendapatkannya..
  • owh! Jangan lupa, kejayaan itu bukan emas yang boleh jatuh dari langit!

3) Mesti ada suasana yang solehah

  • Kadang-kadang, kita dah ada 2perkara diatas, tapi kita dikelilingi suasana yang tidak membantu kepada perubahan kita…
  • contoh, nak belajar, tapi kita slalu bersama ngan kawan yang malas belajar, kuat menonton dan merapu.. tak jadi beb!, nak tinggal rokok, tapi duduk dengan orang yang tak mahu tinggal rokok, tak jadi beb!.. pucuk pangkalnya, carilah suasana yang baik dan dapat membantu kepada perubahan kita …

Haha, ilmiah ker artikel ni? Tak kan?? So.. kalau tak sempat hijrah time kat smakj dulu, bleh la mula hijrah@berubah bermula sekarang :) masih belum terlambat…… macam2 mender perlu berubah…. Kan? Kan? Kan? smiley-face-wallpaper-001

  1. p/s :Agak peningkan? Itulah situasi student yang nak exam, tapi gatai menulis blog.. hahaha
  2. p/s:tips ini diambil dari kefahaman hadis, so, kalau nak rujuk bleh klik : HADIS HIJRAH

October 25, 2010

Hafiz :) Ezzati (y)

Kongsi

  post kali nie bukan gosip ea… tapi kegembiraan yang nak dikongsikan bersama--- hehehe

cita pasal hafiz rais ngan ezzati yusof, dorang dua ni memang dah lama dah aku usha, tapi baru bebarapa ari ni jerk di “jahar” kan oleh dorang.. hehehe ..

cakap banyak tak mau, jom tengok bukti,,, bukan apa.. nanti owang kata fitnah plak.. hehe

ezati

 

hafiz

harap korang paham apa masej yang aku nak sampaikan, aku xlabelkan apa2, kowang pandailah label sendiri k:)

tapi nasihat aku dan mungkin juga budak wisesa sekalian..hehe, pandai-pandailah dalam berhubungan, letakkan matlamat yang suci dihadapan dan jangan sertakan kemungkaran dalam hubungan yang korang anggap suci:)…

aku puji ezzati yusof, dia ada masej hafiz…pekse

okey, untuk pasangan berdua ni.. aku nasihatkan korang baca artikel nie, :)-Xmampu tinggalkan kapel?- tapi ingat tau, jangan baca dengan perasaan marah, baca dengan hati terbuka.. hehehe bukan aper, dah banyak sangat kritikan yang aku dapat melalui artikel tu, tapi aku xbuang , sebab aku fikirkan kebenarannya..:)

p/s: hafiz n ezzati… kami harapkan korang akan berjaya capai cita2 korang dan juga perasaan yang diterjemahkan dalam bentuk perkahwinan secepat mungkin.. hehehe nak tengok gak, macam mana comelnyer anak saudara kami yang comel, secomel ezzati dan hafiz dalam masa sama memegang title kejayaan masing2:)

October 15, 2010

Selamat Tinggal Facebook

Kongsi

Baru-baru nie aku telah menulis sebuah artikel tentang kasih sayang kat blog aku, tapi pada hari yang sama, Allah SWT menguji kekuatan imanku dalam mencari kasih sejati yang aku ceritakan.

Bila bukak facebook, pertama sekali aku akan bukak page smakj 15, nak tahu apa perjalanan hidup korang, mana tahu… kot2 ada yang perlukan sesuatu untuk aku buat..sebab aku takut ada kawan-kawan aku yang perlukan sokongan tapi tak ada menyokongnya sedangkan dia tak tahu bahawa aku akan sentiasa berada dibelakang membantu semua kawan-kawan aku,semampu yang boleh.

Teringat waktu pertama kali aku membina page smakj 15, masa tue, aku xtau lagi bahawa dah ada satu page group untuk wisesa yang eza buat… bila dah buat, mmg payah nak mula.. kena cari kawan-kawan yang ada account facebook, memerah otak memikirkan apa status baru, apa yang nak dikongsikan, habiskan masa cari maklumat dan gambar-gambar terbaru… payah, tapi indah... kerana stiap kali aku post something kat wall, pastinya ada orang yang membalasnya , (kadangkala xbalas, tp cukuplah sekadar like)…

Setiapkali itu juga, aku merasakan deria ukhuwwah didalam darah aku nie semakin meluap-luap, semakin bertambah rindu dan sayang kat korang semua…bahawa sebenarnya, aku merasai betapa bertambahnya iman apabila bersama korang semua.. terima kasih semua!!:)

Ada orang Tanya;

Din, napa ko deactive facebook?

Aku diam jer… sebab ada something yang amat menyakitkan dan terpaksa aku berhenti berfacebook dan mengambil masa tersebut untuk lebih menenangkan diri.

Akhir kalam, doakan aku dapat menenangkan diri dan istiqamah meng'update' blog ini.

cantik facebook

p/s; aku dah bagi amanah page smakj 15 kat sorang budak batch kita, tapi dia tak mahu orang tahu dia sapa… tapi dia kata, dia ikhlas membantu.:) harap korang dapat beri kerjasama kat dia k..:)

September 24, 2010

Pertunangan Aunie Razak

Kongsi

muka orang bertunang

Mungkin baru2 ini ada yang terperasan sebuah masej di wall smakj 15 ;

"tahniah kepada Aunie Razak atas perkahwinan beliau, semoga beliau bahagia dengan pasangan"..hehehhe

Tapi itu masej silap atas kekalutan aku yang teramat sangat ni.. yang sebenarnya, Aunie bukanlah telah berkahwin, tapi telah bertunang dengan seorang jejaka yang dirahsiakan..wa… main rahsia-rahsia plak ni,, macam artis gitu.. hehehehe

cincin ( cincin pertunangan 2 merpati sejoli:) )

Bahkan, beberapa hari yang lepas, aku menghubungi Aunie dan meminta sedikit info tentang pertunangan beliau, tetapi dijawab;

"sume ni adalah kerahsiaan...nanti pas nikah...aq citela....aq cite dari A-Z...ok...mf sgt2"

Tapi apa-apa hal pon, kami warga wisesa amat mengharapkan pertunangan itu akan berakhir dengan perkahwinan seterusnya menjalinkan hubungan yang erat dimasa-masa akan datang..

Harapan kami, bila kahwin nanti,, jangan lupa bagi kad and masaklah sedap-sedap!!..

Kalau permintaan persendirian pulak.. aku harapkan, Aunie dapat pertimbangkan untuk buat majlis sekitar bulan ogos dan keatas.. hehehhehe sebab aku insyaallah akan balik Malaysia time tu..

Ha…aku sembang nyer sembang, aku nak korang pk satu mender..

Di hari pertunangan aunie, mak dia telah menghadiahkan sepasang penumbuk dan lesung… hehehehhee anda faham maksudnya????

lesung