Siapa Kami?

Kongsi
W15Esa merupakan sebuah nama Generasi penuntut dari bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang bermula sesi 2002 sehinggalah sesi 2006.
Untuk keterangan Lebih Lanjut, Sila baca artikel pertama yang pernah dimuatkan dalam blog Ini :


Asalamualaikum sahabat-sahabat sekalian, apa khabar korang sekarang ni??? Setelah lebih kurang 4 tahun kita meninggalkan SMAKJ, baru kini kita mempunyai Blog sendiri. Blog yang tercipta ini bukanlah blog milik perseorangan, bahkan ianya merupakan sebuah blog milik kita semua para WISESArian, segala e-mail, Twitter, Facebook dan selainnya merupakan atas nama kita ( Smakj15 ).. 
Ukhuwah yang pernah terbina dahulu merupakan sebuah ukhuwah yang berpanjangan sehingga kini, oleh itu, janganlah ada yang terasa diri mereka bukan WISESArian walaupun hanya sempat bersama selama setahun mahupun beberapa tahun..
Kita adalah seumpama sebuah ikatan besi yang kukuh , tidak bisa putus dek kerana angin yang meniup masa...
Dulu, kita hanya budak  yang  tahu mengikut tanpa tahu berfikir,
Dulu, kita hanya budak yang  tahu menukil cinta monyet dari koyakan buku sekolah,
Dulu, kita hanya budak yang  selalu ditangkap cikgu MT dek kerana fly,
Dulu, kita hanya budak  yang  tidur bila mendengar deruman enjin Ustaz Fuad,

........
Kini, kita semua dah mengikut arah masing-masing, ada yang melanjutkan pelajaran ada juga yang tidak, ada yang sudah berkahwin , ada juga yang masih kapel dengan member kelas..
Walaupun begitu banyak perubahan yang dialami oleh kita semua, Ikatan Ukhuwah kita tidak pernah telerai kerana.............. kitalah WISESArian.. ( Puncak kekuatan Ukhuwah Tertinggi ).
Blog yang tercipta ini adalah milik kita, maka kita jugalah yang menjadi Adminnya, oleh itu, blog ini akan memaparkan Update terkini member-member yang jauh diperantauan dan juga yang berjuang di bumi Malaysia...
Ukhuwah Fillah!!..




No comments:

Post a Comment

komen la yer.. hehehhehe baru nampak rancak!!!!!