August 24, 2010

Pertunangan dan Asilah

Kongsi

cincin tunang Mas : satu2 rakan kita mengambil turn.. hehehe congrates k..

*****************

Itulah masej pendek dari mas apabila aku update berita asilah, sebelum bercerita lebih panjang tentang asilah, jom kita tahu serba sikit tentang pertunangan :)

"pertunangan disembunyikan, pernikahan diiklankan"

Ini adalah kaedah syarak yang selalu orang tidak tahu, dan jika ada yang buat pun, mereka lakukan tanpa tahu bahawa ianya ada didalam syarak. Kan best kalau tahu ianya kaedah syarak! Buat dapat pahala ! ..

mesti korang bertanya2, kalau dah suruh sembunyi, kenapa ada posting tentang asilah plak ni?

ini adalah kerana, pertunangan digalakkan untuk disembunyikan bagi mengelakkan mudarat fitnah jika perkahwinan yang dirancang tidak terlaksana, namun mudarat itu telah hilang dikalangan wisesarian kerana semua ahli wisesa tidak akan sekali2  mencemuh @ bersangka buruk jika perkahwinan itu gagal (mintak jauh), bahkan akan sentiasa memberi semangat dan dorongan dikala suka dan duka…

dan.. maksud sembunyi itu adalah, tidak menghebahkannya secara besar-besaran seperti tumbang sekor lembu, hantar kad undangan , panggil satu kampung dan sebagainya yang menyerupai pernikahan..

jika sekadar inform saja, takda masalah… just inform, takut ada plak yang berminat dengan tunang orang ni:) pahamlah2…orang banyak peminat..hehehehe 

Korang tahu tak apa yang dimaksudkan dengan pertunangan @ khitbah?

Ia adalah permintaan dari seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dinikahi.

Dan ….. permintaan itu terbahagi kepada 2..

1)secara jelas..

Seperti : aku nak kawin dengan kau boleh tak? @ lepas kau abis edah ni aku nak kawin dengan kau @ pas kau stady nanti , aku nak kawin dengan kau boleh?

Jika dijawab boleh! Maka telah berlaku pertunangan.. tanpa perlu saksi, mak ayah r sapa2..

Macam mana plak kalau senyum? Hehehe dalam mazhab syafie, senyum itu tanda setuju :)

2) tak jelas (puitis/belapik-lapik)

Seperti : kamu ni cantiklah! Sapa lagi lebih baik dari kamu? masyaAllah.. baiknya kamu..

Tapi perlu diingat, yang tak jelas ni perlukan niat ,dan lafaz tersebut menunjukkan keinginan untuk berkahwin.

Ha.. ada masalah lagi, boleh ker bertunang atas tunangan orang?

Contoh, hafiz  dah bertunang ngan ezzati (hahaha contoh tau!), pastu firdaus plak nak bertunang lagi dengan ezzati? Bleh x?

Jawapannya tak boleh ..sebab ada hadis kata:

" tidak boleh bertunang seorang lelaki keatas tunangan saudaranya sehinggalah jika saudaranya yang bertunang itu membatalkan pertunangan ataupun beliau mengizinkannya"

Hadis riwayat bukhori dan muslim

Maka, jaga yer  time nak mengorat orang tu..

Sunat yang dilupakan oleh umat melayu ;

Orang melayu belum pernah lagi aku tengok buat khutbah nikah/tunang.. khutbah ni sunat diucapkan oleh si lelaki ataupun wakil lelaki tu..

Sebab tu kita disuruh cari yang ada agama.. nanti lehlah dia bacekan khutbah pertunangan sebagai muqaddimah pernikahan yang bertitik tolakkan kecintaan kepada Allah SWT ,

Hadis ibnu masud RA : sekiranya salah seorang dari kamu ingin bercakap untuk menunaikan hajatnya seperti nikah ataupun selainnya, maka ucaplah : 

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمداً عبده ورسوله.

{يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ} ali –imran 102

{يَاأَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا} annisa` : 1

{يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلا سَدِيدًا يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا}   ahzab ;70-71

أما بعد،،،

Yang terakhir sekali, perlu dinasihati bahawa, pertunangan tidaklah menghalalkan duduk berdua-duaan, jalan shoping sama2 r sebagainya.. sebab baru tunag, belum kawin lagi.. tunang ni just cop jerk! Pehe?:)

Rujukan : kitab feqah manhaji ala mazhabul imam as-syafie , karangan Dr Musthofa al-khin, Dr Musthofa al-bugho dan ustaz Ali as-syarbaji

 

Okey, berbalik kepada cerita panas kita..

Asilah Abu Bakar.. pasangan kembar Aqilah Abu Bakar telah melansungkan majlis pertunagan beliau pada 31 julai lepas…

41312_152449171433966_100000066532600_464126_2738356_nKorang tahu tak, apa yang berlaku pada bulan julai?

Bulan julai merupakan hari lahir asilah ! 27 julai 1989, maka… tarikh dekat2 tu jugaklah yang dipilih untuk bertunang.. dan dijangka akan berkahwin pada bulan 5 tahun 2011..kiranya.. dia akan kawin umur 23 tahun lah…

Kepada sahabat-sahabat wisesa sekalian, kalian janganlah bimbang kerana asilah ada kata :

Jangan risaw…kawin nanti aq jemput

(maklumat dari aqilah)

So….. kita akan mempunyai seorang lagi rakan batch yang berkahwin…. Persoalannya.. heheehe

Aku, kamu, dia,… bila lagi?

 

August 18, 2010

Majlis Berbuka Puasa

Kongsi

Hallo… di bulan Ramadhan yang mulia nie, apa kata kalau kita jumpa dan berbuka bersama-sama?? Sambil2 sembang, lehlah korek2 sikit apa perkembangan korang skunk nie..

Erm, sebenarnya ni adalah satu majlis yang diuruskan oleh Akmal Fakhri, oleh tu, sapa2 yang ada masa terluang tue.. mohlah masing2 kita keluar ke Restoran Tupai-Tupai… hahahaha nama saja tupai, tapi aku kompem xmakan tupai!

Nak cerita panjang pun aku tak der maklumat sangat sebab Akmal belum lagi balas masej aku, tapi apa2 pon aku nak updatekan apa yang telah tertulis di FaceBook..

Tarikh : 28 Ogos 2010

Masa : 6.30 petang

Tempat :Tupai-Tupai Restaurant & Café

551A, Jalan Bukit Petaling, 50460 Kuala Lumpur

Makanan : Seafood Steamboat Buffet ( Rm 25 )

steamboat

steamboat2Ha… tu jerk maklumat yang aku dapat,… hahahah kembunglah perut kowang makan steamboat!!ha ha

So, kalau sapa yang ada kat sekitar tu, luangkanlah masa sikit….

Owg kata " pertemuan itu penambah kasih sayang" hehehe…

N aku nasihatkan…. Sapa2 yang pegi tu servey2 la, nak buat Rumah Terbuka kat Umah sapa tahun ni.. hehehehhe mudahlah nanti, xkalut2…

Okey! Selamat berbuka!

p/s : sapa nak joint Majlis berbuka puasa bersama unta2 di Mesir???? hahaha

August 11, 2010

Family Amir

Kongsi

Yer! Yer ! yer!!! Dulu kowang slalu sangat bising-bising kat wall Facebook SMAKJ 15 tentang amir rahmat, perkahwinan dia n baby dia kan kan kan???  hari ni, aku dah dapat blog wife amir rahmat n dapat sikit luahan hati dan perasaan ( ceeewah!!! ) wife dia, harap2 kowang puas hati ler… n sapa2 yang teringin anak tu, cepat-cepatlah ikut jejak Amir, okey!

Dulu kowang teringin sangat nak tengok gambar Amir kawin kan??? n tak der plak unit multimedia W15Esa  yang pegi .. keh3!!

Ha… ni dia..raja sehari, 2 hari n 3 hari kita….dorang kawin 29hb Oktober 2008

CROP MINE 1_285345514l dia_ _dia_=_mereka

wife dia nama :Rokhaizat binti Haji Rahmat , dia plak nama Nur Amir bin  Rahmat,!!

aku rasalah kan.. mesti tok kadi pening time akad nikah dowang.. hahaha

n aku rasa lagi ( fakta tak tepat la ) … dowang jumpa kat DQ kot… hehehhe maybe…

nnnnnnn nak tengok anak dia???? dengar cite wife dia dulu k…Smiley-face

 

******************************************

Alhamdulillah, Umar yang dinanti-nanti, yang hari-hari kami sebut-sebut, yang dulu nya selalu aktif tendang dan siku perut ummi time hari Khamis dan Jumaat telah selamat lahir ke dunia. Kelahirannya sangat-sangat memudahkan ummi. Syukran Allah, dan syukran pada kalian yang tidak putus-putus menitipkan doa buat kami sekeluarga.

umar

Baby Umar lahir tiga hari awal daripada tarikh jangkaan tanpa ummi menghadapi sebarang komplikasi kesakitan yang teramat seperti yang ummi baca di dalam banyak buku. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Ummi admit ward di Hospital Sungai Buloh pada jam 3.19pm, 15 Julai 2010 dan selamat melahirkan Umar pada jam 5.34pm. Ummi seolah-olah rasa tidak percaya, Umar yang ummi abi dan semua orang tunggu-tunggu kini dah ada di depan mata.

anak amir -umar

Sesungguhnya ummi sangat mengakui, bahawa ummi semakin cintakan mak (opah Umar) setelah ummi sendiri melalui pengalaman melahirkan anak.

Hari ini, 18 Julai 2010 tarikh yang sepatutnya Umar dijangka lahir. Tetapi hari ini, umur Umar menjangkau tiga hari, Alhamdulillah. Mudah-mudahan ummi doakan Umar anak ummi sihat sentiasa. Umar dah pandai senyum sorang-sorang walaupun mata pejam. Umar menyusu badan setakat ni Alhamdulillah dan ummi berdoa dapat exclusive breastfeed untuk Umar sampai dua tahun. Dan one more thing, Umar akan buka mata waktu pukul 4.30pagi! Oh, waktu malam ummi sekarang ni banyak spend untuk breastfeed kan Umar. Well-done Umar!

Umar lahir pada jam 5.34petang di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada tarikh 15 Julai 2010 bersamaan hari Khamis. Umar yang 'konon' nya kecik [macam yang raaamai orang cakap, sebab ummi mengandung perut tak nampak mana] lahir dengan berat 3.12kg.

Masya Allah Tabarakallah! Syukur dan terima kasih di atas doa kalian.rohaizat dan amir

*****************************************************

dah puas hati dengar citer owang kawin n dapat anak????

persoalannya… hehehhheehe

kita, aku, kamu, dia, dan anda bila lagi???

hehehehhe